NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jabatan agama, polis, SKMM akan bincang isu logo kasut Vern’s

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti bertindak menghina agama Islam, kata Mohd Na’im Mokhtar. (Gambar Facebook)


PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan pertemuan dengan pihak bertanggungjawab dalam masa terdekat bagi menyelaras tindakan bersepadu menangani isu logo kasut keluaran Vern’s Holding Sdn Bhd yang didakwa mirip kalimah Allah.

Pertemuan tersebut membabitkan pihak Jabatan Agama Islam negeri dan pihak berkuasa seperti polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, komitmen utama jabatan itu adalah menjaga kesucian agama Islam dan maslahat umat Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan yang menghina agama Islam,” katanya.

Terdahulu tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial memaparkan seorang lelaki mendakwa kasut Vern’s yang dibelinya memaparkan logo seakan-akan kalimah Allah.

Mengulas mengenai pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s Holding Sdn Bhd Ng Chuan Hoo hari ini, Mohd Na’im berkata, jabatannya menyerahkan proses selanjutnya kepada polis.

“Jakim telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam melengkapkan siasatan,” katanya.

“Sekiranya terdapat elemen yang bertentangan dengan undang-undang, maka proses selanjutnya akan diambil oleh pihak polis.”

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pihak agar sentiasa bertenang serta tidak mengambil sebarang langkah melulu yang menyalahi undang-undang negara.

Katanya, menjadi kewajipan semua pihak untuk menjaga akhlak dan tingkah laku, agar keharmonian dan perpaduan dalam negara sentiasa terpelihara

Semua pihak juga perlu mengambil pengajaran daripada situasi tersebut agar ia tidak berulang pada masa akan datang, tambahnya.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo