NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Terengganu kecewa tangguh bayaran royalti





KUALA TERENGGANU: 
Rakyat kecewa dan terkesan terhadap tunggakan pembayaran penuh wang royalti petroleum kepada Terengganu yang tidak diberikan mengikut jadual yang ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membayar secara runcitan royalti kepada kerajaan negeri amat mendukacitakan.

“Selepas PMX atau Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ini dia hanya bayar sekali tahun lepas yang mengikut jadual dan seterusnya hanya dibayar secara runcitan mengikut keperluan untuk bayar gaji, itu yang saya maklum.

“Jadi ini satu yang mendukacitakan, kerana rakyat mengharapkan apabila Anwar jadi Perdana Menteri ia akan buat apa yang dia janjikan sebelum daripada ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau percaya orang yang mengundi Anwar dan PH yang bersama-sama pada hari ini mengharapkan janji-janji yang dibuat oleh PMX dapat ditunaikan.

Tambah beliau, rakyat negeri ini juga kecewa disebabkan janji Anwar dahulunya pernah bercakap tentang royalti bahkan bukan lima peratus yang perlu diberikan, sepatutnya negeri memperoleh 20 peratus.

“Sekarang lima peratus pun dia tidak bayar jadi tak tahu macam mana nasib negeri dan negara ini bila dapat Perdana Menteri yang janji-janjinya sehingga kini satu pun belum dilangsaikan atau ditunaikan,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggunakan peruntukan royalti kepada perkara yang tidak sepatutnya.

“Setakat ini bila kita perhatikan PAS perintah Negeri Terengganu ini sudah penggal kedua, penggal pertama dahulu pun kita lihat sewaktu bersama-sama dengan PH yang dipimpin oleh Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin kemudian Ismail Sabri sewaktu masa pimpinan mereka bertiga menjadi perdana menteri dan Dr Sam sebagai Menteri Besar di Terengganu, apabila duit hasil minyak dibayar mengikut jadual yang sepatutnya kita tengok perbelanjaan yang dibuat oleh Dr Sam ini tiada masalah dari segi pengagihan.

“Kita lihat semua rakyat dapat tanpa mengira parti politik, bantuan, projek-projek tanpa mengira tempat sokongan, daerah atau DUN yang dimenangi atau kalah tak dapat tidak ada.

“Jadi saya lihat Dr Sam ini seorang yang dari segi kepimpinannya, jujur dan amanah dan dari segi corak kepimpinannya dia seorang yang suka berunding.

“Kita tengok hari ini pun dia sentiasa ulang alik jumpa Dato’ Sri Anwar, CEO Petronas dan sentiasa berunding isu tuntutan Terengganu supaya dapat dibayar duit royalti ini sebaik mungkin. Manakala dari segi pentadbiran negeri setakat ini kita tak dengar berlaku ada salah guna kuasa kewangan, rasuah dan sebagainya.

“Kerjasama antara kerajaan negeri di bawah pimpinan Dr Sam ini sangat baik dan terbuka cuma masalahnya kita tengok Dato’ Seri Anwar Ibrahim sahaja masih lagi belum melaksanakan apa yang dijanjikan. Dari segi pentadbiran negeri saya rasa ia berjalan dengan baik,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/4/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo