NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan perpaduan bincang peruntukan pembangkang

Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini. (Gambar Bernama)


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana bagi membincangkan agihan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Mesyuarat dihadiri Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof itu bermula 5.30 petang.

Antara yang hadir adalah presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu serta pimpinan tertinggi parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

Terdahulu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam sidang media hari ini mengesahkan satu mesyuarat akan berlangsung petang ini bagi membincangkan mengenai agihan peruntukan kepada pembangkang.

Pada 13 April lalu Fadillah berkata tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan hari ini.

Fadillah berkata, hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Selain Hamzah, pertemuan bersama Fadillah yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air itu turut disertai Ketua Whip Pembangkang Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo