NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa geng DAP diam saya boikot Aliff Syukri – Dr. Akmal



KUALA LUMPUR – Sikap berdiam diri pengikut dan pemimpin DAP terhadap tindakan memboikot usahawan sensasi Aliff Syukri menimbulkan persoalan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh hairan kerana DAP tidak mempertahankan Aliff Syukri daripada pemulauan seolah-olah mengambarkan parti tersebut bersikap memilih.

“Nak tanya pada geng-geng DAP juga terutama Anthony Loke Siew Fook. Kita buat boikot pada Aliff Syukri juga apabila beliau keluarkan video lagu raya yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

“Jadi DAP takkan diam jer? Tak nak back up Aliff Syukri juga ke? Ke nak back up gang sendiri jer? #kekalboikot,” soal Dr. Akmal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu semalam mengajak orang ramai untuk memboikot produk keluaran syarikat Aliff Syukri.

Ia susulan tindakan selebriti dan usahawan kosmetik Aliff Syukri yang mengeluarkan video pendek lagu raya yang dilihat keterlaluan terutama di tengah bulan Ramadan.

“Kalau KK Mart kita boleh boikot, apa lagi produk dia. Setiap tahun ulang perkara yang sama, langsung tak ada perasaan sensitiviti pada rakyat di negara ini.

“Saya mohon pihak kerajaan untuk menyekat video ini dan tindakan undang-undang perlu diambil.

“Saya rasa sudah tiba masanya rakyat mengajar erti sebuah penyesalan pada Aliff dengan kita boikot semua produk yang dijualnya,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Dr. Akmal sebelum ini menjadi sasaran beberapa pihak selepas beliau melancarkan tindakan memboikot KK Mart selepas tular rangkaian pasar raya itu menjual stoking tertera kalimah Allah.

Pihak terbabit termasuk beberapa pemimpin DAP mendakwa siri serangan ‘molotov cocktail’ terhadap KK Mart berpunca daripada seruan pemulauan tersebut. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo