NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keluarga dibenarkan melawat penghuni penjara pada hari ketiga, keempat Aidilfitri



KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan perjumpaan khas kepada keluarga penghuni penjara pada Hari Raya Aidilfitri ketiga dan keempat.

Ia turut membabitkan Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Menurut kenyataan Jabatan Penjara Malaysia, lawatan diutamakan kepada penghuni beragama Islam sahaja dan ia dilakukan dua kaedah iaitu perjumpaan secara bersemuka dan secara dalam talian (online/ video call).

“Kaedah secara dalam talian bermula pada 14 hingga 16 April ini manakala keluarga yang memilih perjumpaan secara bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

“Pelawat perlu membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke penjara selain diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

“Semasa lawatan, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni kerana makanan dan minuman boleh dibeli di kantin penjara,” kata.

Tambahnya, pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara.

Menurut kenyataan itu, pelawat yang ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya perlu mendapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan penerimaan.

“Selain itu, pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, semasa tempoh lawatan itu, seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarganya.

Katanya, lawatan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja yang memerlukan tempahan menerusi tiga kaedah iaitu melalui sistem i-Visit di laman web, www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan dan
e-mel atau menulis surat ke institusi penjara tersebut.

“Pihak institusi kemudian akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat oleh keluarga yang mahu melawat penghuni penjara sementara maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Jabatan Penjara Malaysia:
www.prison.gov.my,” katanya. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo