NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu titah adendum boleh beri kesan dalam PRK Kuala Kubu Baharu – Jamal




KUALA LUMPUR – Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan Datuk Seri Najib Razak boleh memberi kesan besar terhadap calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, akar umbi UMNO tidak akan menyokong calon Kerajaan Perpaduan sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan isu tersebut.

“Ini memberi impak yang sangat besar walaupun bukan kepada pemimpin tetapi kepada akar umbi. Akar umbi UMNO pada hari ini saya lihat mereka begitu tidak yakin kepada kerajaan walaupun kerajaan ini dalam gabungan madani, akar umbi sudah hilang kepercayaan.

“Dan saya amat bimbang untuk pilihan raya kecil ini (calon Kerajaan Perpaduan) tidak akan dapat sokongan daripada akar umbi UMNO,” kata Jamal kepada MalaysiaGazette.

Jamal sebelum ini dilaporkan berkata, Presiden UMNO. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memaklumkan kepada 10 Ketua Bahagian UMNO mengenai titaah adendum sebelum menunaikan umrah pada Ramadan lalu.

Beliau berkata, UMNO telah menanti dengan sabar supaya pihak terbabit bertindak mendedahkan titah tersebut sejak Yang di-Pertuan Agong ke-16 memberikan pengampunan kepada Najib pada Februari lalu.

“Kami berpandangan dahulu, bila surat itu ada, Peguam Negara dan kerajaan bertindak melaksanakan arahan atau perintah Agong tetapi sehinggalah hari ini dan sehingga Datuk Seri Najib membawa perkara ini ke mahkamah (tidak didedahkan).

“Pertuduhan ke atas Najib bermotifkan politik sejak awal sudah pasti dan sudah semestinya diselesaikan secara politik. UMNO mempunyai prinsip kita tidak mempertahankan pemimpin sehingga buat demonsrasi, protes, turun ke jalanan, menghasut rakyat dan sebagainya.

“UMNO sangat menghormati perlembagaan sehingga hari ini walaupun telah bertukar beberapa Perdana Menteri dari Tun Dr. Mahathir (Mohamad) ke Datuk Seri Muhyiddin (Yassin), Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Anwar )Ibrahim) tetapi Najib masih belum mendapat keadilan yang sepatutnya di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zahid sebagai ‘saksi kritikal’ yang menyokong dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Timbalan Perdana Menteri itu menyokong dakwaan berkenaan menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.

Najib, 70, sebelum ini memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum berkenaan. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo