NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Royalti: Rakyat ajak solat hajat, kecewa respons PM




KUALA TERENGGANU:
 Ramai rakyat mendesak supaya kerajaan negeri mengadakan solat hajat bagi mempermudahkan urusan pembayaran royalti petroleum, kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Justeru, katanya PAS negeri sekali memperingatkan agar Kerajaan Persekutuan mendengar rintihan dan desakan 1.2 juta rakyat negeri ini yang saban hari menanti hak mereka dikembalikan.

“Usah zalimi mereka,” tegasnya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, beliau mendengar dengan penuh teliti respons balas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin berhubung pertanyaan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tentang bayaran royalti petroleum (wang ihsan).

Katanya, jawapan Anwar penuh dengan kekeliruan, mengecewakan dan menambah luka rakyat Terengganu yang menanti hak mereka dikembalikan sepenuhnya.

Tambahnya, PM kelihatan keliru antara Pemberian Persekutuan dan Belanja Pembangunan dengan hak royalti Terengganu apabila mencampurkan kedua-dua dana tersebut sebagai alasan untuk tidak melunaskan wang ihsan.

“Pemberian Persekutuan dan Belanja Pembangunan seperti yang disebut PM adalah kewajipan asasi setiap pemerintah di Persekutuan terhadap mana-mana kerajaan negeri, manakala royalti pula adalah bayaran khas bagi negeri-negeri pengeluar minyak, kedua-dua jelas sangat berbeza,” ujarnya yang juga Exco kerajaan negeri.

Beliau berkata, mencampurkan dua pemberian berlainan atas satu nama atau perkara sama adalah tidak bertepatan dengan sebuah kerajaan yang ‘hidup’ atas nama reformasi dan menjunjung semangat perlembagaan.

Menurutnya lagi, perkara itu juga diakui oleh rakyat Terengganu, mereka menilai secara sedar dan waras jawapan balas penuh keliru PM itu.

“Rata-rata mereka tetap menuntut supaya dana royalti minyak termasuk yang masih berbaki kira-kira RM700 juta bagi 2023 dilunaskan dan bayaran tahun ini disalurkan mengikut jadual,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 25/3/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo