NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Program Residensi Rakyat cadangan untuk dibincangkan, kata Nga

Menteri Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat susulan kepada model Program Perumahan Rakyat. 


PUTRAJAYA: Model baharu perumahan awam, Program Residensi Rakyat (PRR), sememangnya cadangan yang dilontarkan untuk perbincangan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Menurutnya, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan untuk diperhalusi.

“Sebab itu apabila saya umumkan cadangan PRR, saya gunakan perkataan ‘cadangan PRR ini’ di Parlimen,” katanya pada sidang media.

“Memang untuk lontarkan supaya kita boleh dapat pelbagai reaksi dan pendapat, terlibat dengan pelbagai golongan sebelum kementerian membuat keputusan.”

Nga mengumumkan kementerian sedang merangka model baharu perumahan awam pada 8 Mac lalu, yang bercirikan perumahan bersepadu, mampan, berbaloi untuk didiami, mempunyai daya maju komersial berkualiti, ruang hijau, dan pusat komuniti.

Di bawah PRR itu, kos RM300,000 seunit akan dijual pada harga RM60,000, yang mana kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 akan diperuntukkan untuk dana penyelenggaraan dan dana terikat.

Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) bagaimanapun mencadangkan kerajaan mengkaji semula pendekatan menjual unit PRR.

Setiausaha Agung Kehormat Chang Kim Loong mencadangkan unit PRR hanya disewakan kepada pemohon yang layak, antara lain sebagai rumah transit.

Dalam pada itu, Nga berkata PRR susulan kepada model Program Perumahan Rakyat (PPR).

“PPR sebelum ini pun kerajaan memberikan subsidi kepada keluarga B40,” katanya, dan berharap penduduk PRR akan bebas daripada stigma.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo