NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kamu bantah jika Syed Saddiq, Hamzah masuk PKR, Puad soal Hassan

Puad Zarkashi berkata Hassan Karim tidak perlu ‘cakap besar’ yang PKR bukan parti tong sampah.


PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mempersoalkan sama ada Ahli Parlimen PKR Hassan Karim akan berpegang teguh dengan pendirian membantah jika ada “pemimpin besar” parti lain memohon menyertai parti itu.

Puad Zarkashi membangkitkan persoalan itu susulan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, PKR bukan tong sampah dan menggesa partinya berhati-hati dalam menerima “pemimpin besar” yang berpaling tadah.

Membidas kenyataan itu, Puad berkata Hassan tidak perlu “cakap besar” yang PKR bukan parti tong sampah.

“PKR ada rekod matlamat halalkan cara…parti mencari kuasa. Apabila PKR terima Tun M (Dr Mahathir Mohamad) jadi PM ke-7 adakah PKR tong sampah? Bila Tun M letak jawatan PM ke-7, PKR pujuk Tun M tarik balik hasrat itu,” dakwanya di Facebook.

“Soalan mudah untuk Hassan. Apakah dia akan bantah jika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (bekas presiden Muda) dan Hamzah Zainudin (setiausaha agung Bersatu) mohon sertai PKR?”

Puad berkata, Hassan perlu memperincikan asas untuk mendakwa PKR adalah parti “suci dan bersih”.

“Rakyat lebih layak buat penilaian. Bukan dia dan Rafizi (Ramli),” katanya.

Semalam, Hassan berkata PKR dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti melindungi imejnya yang bersih.

Katanya, bekas “pemimpin besar” parti lain yang mahu menyertai PKR perlu disemak terlebih dahulu dan mereka yang ada rekod jenayah, bankrap serta rasuah seeloknya tidak diterima.

Selasa lalu, FMT memetik sumber sebagai berkata ratusan ahli akar umbi Bersatu sedia menyertai PKR atas pelbagai sebab, termasuk ketidakupayaan untuk memajukan kerjaya politik mereka dalam parti berasaskan Melayu itu.

Sumber enggan dikenali itu berkata, ahli Bersatu juga mahu membantu sekutu tertentu dalam PKR meningkatkan kempen mereka pada pemilihan parti akan datang, dijangka diadakan akhir tahun ini atau awal 2025.

Terbaru, bekas ahli Bersatu yang menyertai PKR termasuk bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Faiz Na’aman dan bekas Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, juga dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata lebih ramai tokoh “berprofil tinggi” akan meninggalkan parti pembangkang untuk menyertai PKR.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo