NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemilik bagasi RM500,000 belum tampil tuntut duit

 Wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui oleh pegawal ke.- Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Syarikat mendakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemui tempat letak kenderaan sebuah pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya, adalah milik mereka belum tampil memberi keterangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis menerima laporan daripada pengarah syarikat berusia 40-an kelmarin.

“Ketua Balai Polis Damansara sudah memanggil pengadu terbabit untuk memberi keterangan.

“Namun pengadu gagal hadir dengan pelbagai alasan seperti menghadiri mesyuarat dan sakit,” katanya ketika dihubungi.

Khamis lalu, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara menemui bagasi berisi wang tunai di tempat letak kenderaan.

Hussein dilaporkan berkata, siasatan mendapati beg itu berisi wang kertas not RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

Beliau berkata, polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak memfokus kepada lokasi bagasi ditemukan dan meminta pemilik bagasi tampil beserta bukti jika ingin menuntut wang berkenaan.

Susulan itu, polis menerima laporan daripada sebuah syarikat yang mendakwa bagasi berkenaan milik mereka.

Sumber | Buletin TV3 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo