NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Golongan imigran hidup mewah hasil toleransi orang Melayu




KOTA BHARU: 
Umat Islam di negara ini tidak pernah mengganggu urusan agama kaum lain sehingga golongan imigran dapat hidup mewah kerana sikap tolak ansur masyarakat Melayu.

Penasihat Majlis Keluarga, Wanita dan Kebajikan Kelantan, Dr Zulkeflee Yaacob bagaimanapun berkata, kebebasan ada had dan batas sempadan.

Kata beliau, sekiranya ada pihak berani melanggar garis merah diyakini implikasi buruk akan menimpa negara majmuk seperti Malaysia.

“Bukti terbaharu apabila ada stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedai serbaneka di Kuala Lumpur.

“Saya percaya agenda itu merupakan sebahagian rencana pihak yang anti Melayu Islam di negara ini,” katanya di sini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong mahu tidankan keras diambil terhadap pihak terbabit isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di sebuah kedai serbaneka di bandar Sunway.

Dr Zulkeflee juga berkata, sebelum ini tular kalimah sama tertera di selipar dan berus dibuat daripada bulu babi.

“Ini kerana penghinaan terhadap Allah tidak wajar sesekali daripada orang yang berpendidikan kenegaraan. Lagi pun mana-mana agama menganjur hidup toleransi dan tidak menghina agama lain.

“Apatah lagi Islam sebagai agama Persekutuan di bawah Fasal 3. Di negara Timur Tengah hukuman penjara dan denda dikenkaan kepada pelaku yang menghina Islam,” ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata, saranan pulau kedai serbaneka terlibat penjualan stoking tertera kalimah Allah wajar disahut rakyat negara ini kerana isu tersebut boleh mengganggu-gugat keamanan negara. – HARAKAHDAILY 21/3/2024




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo