Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

"(Mengenai) ringgit, gabenor (Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour) ada di sini," katanya ringkas ketika menjawab pertanyaan media di sini.

Ini menimbulkan kehairanan Rakyat Malaysia terutamanya netizen kerana ketika ketidakstabilan nilai ringgit dan kenaikan harga barang dibawah pentadbiran lama, Perdana Menteri ketika itu menjadi sasaran dan cemuhan Anwar dan pemimpin Pakatan Haraapn, terutamanya Rafizi dan Saifuddin Nasution.

Pelbagai formula diketengahkan bagi menangani krisis Ekonomi ketika itu, namun netizen tidak melihat kejayaan formula berkenaan ketika negara ditadbir oleh Pakatan Harapan.

Mata wang tempatan pula terus merekodkan prestasi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini.

Pada 9 pagi semalam, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin.

Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan itu melepasi rekod paras terendahnya ditambah pula dengan kelemahan eksport serta pengukuhan dolar AS.

Ringgit hanya berada dua peratus lagi untuk mencecah RM4.8850 setiap dolar AS, paras kali terakhir dilihat pada 1998 ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dizaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Ketika itu krisis kewangan Asia menjejaskan telah mata wang serantau dan Malaysia menerima kesan terburuk.

Pada tahun ini sahaja, mata wang tempatan telah jatuh hampir empat peratus berbanding dollar.

Dalam pada masa yang sama, netizen turur tertanya-tanya dimana kehebatan bekas Menteri Kewangan yang dicanang sebagai terbaik di asia. Dengan perlantikan Nurul Izzah, anak sulong Anwar sebagai penasihat Kementerian Kewangan dan dibayar RM35,000 sebulan juga menimbulkan persepsi kuat Anwar mengamalkan nepotisma dalam pentadbiran.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Asia di Australia dan New Zealand Banking Group (ANZ), Khoon Goh, berkata berdasarkan data semasa terdapat risiko ringgit akan mencapai paras terendah baharu sepanjang masa.

"Eksport tidak pulih tidak seperti di ekonomi Asia lain dan pertumbuhan ekonomi mungkin kekal hambar," katanya kepada Bloomberg.

Memetik laporan Bloomberg Intelligence, ekonomi China yang meruncing menjejaskan eksport Malaysia yang telah merosot untuk bulan ke-10 berturut-turut pada Disember.

Walaupun Malaysia masih mencatatkan lebihan akaun semasa, nisbahnya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah jatuh kepada paras hampir terendah dalam tempoh 20 tahun, mengehadkan sokongan untuk mata wang.

Umum masih menanti.formula manakah yang akan diketengahkan pemimpin PH pada masa yang terdekat bagi mengatasi kejatuhan ringgit, kelemahan pasaran dan pentadbiran Kerajaan Madani serta kenaikan mendadak harga barangan.