KUCHING : Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Ia disahkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum diterbangkan balik ke Kuching, hari ini.

 Tun Abdul Taib Mahmud
Tun Abdul Taib Mahmud

Beliau berkata, penghormatan terakhir terhadap tokoh berusia 87 tahun itubakan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Tun Abdul Taib Mahmud
Tun Abdul Taib Mahmud