NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harimau Malaya turun dua anak tangga ranking dunia



KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya berada di ranking ke-132 dunia berdasarkan kemas kini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan terkini itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon turun dua anak tangga apabila sebelum ini berada pada kedudukan ke-130 dunia sejak November tahun lepas, dengan mengumpul 1,110.17 mata selepas ditolak 12.7 mata seperti dipaparkan di laman sesawang www.fifa.com.

Kemerosotan itu sudah dijangka selepas skuad negara tewas dua perlawanan dan mencatatkan keputusan seri pada saingan Piala Asia di Doha, Qatar baru-baru ini.

Pada saingan Piala Asia, skuad negara yang diundi dalam Kumpulan E, membuka tirai saingan dengan kekalahan 0-4 kepada Jordan, diikuti tewas kepada Bahrain 0-1, sebelum seri 3-3 dengan juara dua kali Korea Selatan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia tidak berjaya melangkah ke peringkat 16 terbaik.

Kemas kini ranking FIFA bagaimanapun tidak menjejaskan Malaysia yang kekal berada di tempat ke-23 terbaik Asia dan muncul pasukan ketiga terbaik Asia Tenggara di belakang Thailand (101) dan Vietnam (105).


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo