NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penjara 30 tahun sivil zalim dan tidak Islamik berbanding Takzir Kelantan?


2 poster ini agak viral bagi meneutralisasikan bahawa undang-undang sivil lebih baik berbanding undang-undang Takzir Kelantan yang dimansuhkan. Gambaran yang cuba diberikan ialah takzir Kelantan bukan hukum Islam, bahkan sivil itu adalah takzir sebenar dan lebih adil kerana lebih berat. Ini adalah usaha meneutralisasikan pemghapusan hukum Islam. Saya telah jelaskan panjang lebar perbezaan takzir dan sivil dalam podcast saya isnin lepas, boleh rujuk link di bawah.
 

Berkenaan dengan poster ini, 30 tahun penjara sebagai contoh adalah zalim kerana undang-undang Islam mengsyaratkan sebarang hukuman tidak boleh melahirkan mudharat yang lain. Dalam kes qisas sebagai contoh, jika potong pergelangan tangan pencuri kencing manis kronik yang boleh menyebabkan melarat lukanya ke tempat lain, maka ia perlu ditukar kepada diyat.

Dalam kempen golongan sekularislamik ini, 30 tahun penjara boleh menyebabkan mudharat lain yang berlaku iaitu:

1. Perpecahan rumah tangga kerana isteri "terzalim" akibat perlaksanaan undang-undang. Maka tempoh 30 tahun adalah tempoh yang boleh menyebabkan isteri memohon fasakh dan kebiasaannya tiada perempuan yang boleh bertahan sampai 30 tahun tanpa pasangan dan tanpa nafkah batin. Anak-anak pula terabai dalam tempoh yg lama kerana jika isteri si pesalah masih setia menunggu, ini manjadikan anak-anak tiada lelaki yang menyara mereka. Tempoh 30 tahun itu, anak-anak menjadi yatim secara tidak rasmi. Pernah diceritakan oleh seorang kenalan banduan, ada banduan yang hampir bunuh diri selepas.didatangi peguam mewakili isterinya yg memohon cerai.

2. Keadaan penjara kita tidak sebagaimana penjara dalam istilah Al Hubs dalam fiqah. Sebagaimana rotan dalam sivil tak boleh disamakan dengan rotan dalam Takzir. Penjara boleh menyebabkan mereka yang tak kenal liwat boleh jadi peliwat dan yang diliwat kerana suasana penjara seperti tempat mandi yang terbuka dan pakaian yang dibekalkan terhad. Lebih parah ialah, banduan dibekalkan hanya sepasang pakaian di mana apabila dibasuh, maka kadangkala mereka terpaksa untuk tidak berpakaian sementara menunggu pakaian kering. Bayangkan jika 1 sel ada 4 orang yang berkeadaan begini dalam suasana yang terpisah dengan isteri sudah sekian lama.

3. Suasana penjara kita tidak mendidik. Berdasarkan pengalaman mereka yang dah ke 'dalam', kebanyakan yang masuk akan mengalami masalah jiwa atau menjadi bebal apabila keluar dari penjara.

Ketiga-tiga faktor di atas adalah sebab kenapa 30 tahun itu adalah zalim. Walau nama nampak sama, iaitu penjara dalam Takzir, penjara atau al habs dalam fiq Islam, tetapi realitinya berbeza. Penjara dalam konteks takzir bukan menghukum semata-mata tetapi ia adalah neccessery kepada perkara lain seperti orang kena tuduh dibimbangi lari sebelum perbicaraan (sebagaimana penjara di zaman Saidina Umar) atau untuk pastikan keluarga pesalah memulangkan wang orang ramai yang disonglap seperti perlaksanaan di Zaman Umar bin Abdul Aziz. Dalam kitab Fekah yang besar-besar ada senarai kesalahan yang wajar dipenjarakan, berbeza dengan 3p penjara dalam sivil sekarang dan bukan sebagaimana yang digambarkan oleh golomgan pro-sekularislamik..

Tambahan pula, jumhur menyatakan had maksimum takzir tidak boleh melebihi had Qisas. Bagi mazhab Syafei yang berpandangan harus sekalipun, hukuman itu masih terikat dengan syarat di atas, iaitu hukuman tidak boleh menyebabkan lahirnya mudharat yang lain. Kesimpulannya, 30 tahun penjara itu bersalahan dengan jumhur mazhab, manakala mazhab syafei yang membolehkan pula, terikat dengan syarat "hukuman mestilah tidak menularkan mudharat yang lain".

Wallahuaklam.
Zaharudin Muhammad.

Sebar, like dan share:



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo