NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelibat ‘Mr H’ tidak kelihatan bagi rakaman keterangan

Kelibat ‘Mr H’ tidak kelihatan di Balai Polis Presint 11 Putrajaya untuk dirakam keterangan berkait penyebaran video bekas ketua pengarah J-Kom Mohammad Agus Yusoff dan pegawainya Abdul Wahab Abdul Kadir. 


PUTRAJAYA: Kelibat individu digelar “Mr H” tidak kelihatan di Balai Polis Presint 11 untuk dirakam keterangan berkait penyebaran video bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff dan pegawainya Abdul Wahab Abdul Kadir.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, sebelum ini mengesahkan individu itu akan dirakam keterangan di balai polis berkenaan pada 5.30 petang tadi.

Pengamal media mula berkampung di pekarangan balai polis itu seawal 4 petang namun kelibat “Mr H” tidak kelihatan hingga 9 malam.

Tiga saksi setakat ini sudah dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa saksi lain akan dirakam percakapan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu.

Sebelum ini, tular klip video memaparkan perbualan didakwa lucah seorang lelaki didakwa mirip Agus dengan Wahab, selepas timbul spekulasi Agus akan melepaskan jawatannya.

Polis sedang menyiasat video itu yang mana Agus dan Wahab mendakwa ia disuai pinda.

Agus berkata, beliau sudah mendedahkan kepada polis identiti individu di sebalik klip video itu digelar sebagai “Mr H”.

Razarudin turut memaklumkan setakat 2 petang tadi tiada laporan polis diterima daripada Wahab. Sehubungan itu beliau diminta segera membuat laporan bagi membantu siasatan.


Sumber I FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo