NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Buang sampah dalam sungai: K’jaan teliti kewajaran hukuman lebih berat, kata Nik Nazmi



PETALING JAYA: Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu atau pihak yang didapati melakukan kesalahan membuang sampah ke dalam sungai.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata langkah itu bagi menimbulkan rasa gerun kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tersebut kerana ia perkara serius sehingga menyebabkan berlakunya banjir dan pencemaran alam sekitar.

“Kita boleh naik taraf (infrastruktur) sungai dengan berbelanja besar tapi kalau soal bagaimana kita kendalikan sampah itu tidak dapat diatasi, bukan sahaja di peringkat pihak berkuasa tapi juga di peringkat individu atau peniaga, maka kita tidak akan betul-betul mengatasi masalah ini.

“Kita akan bincang soal untuk meningkatkan denda. Ada beberapa akta yang kita sedang dalam proses pinda denda tersebut…,” katanya selepas meninjau pengurusan sampah di sekitar Sungai Jinjang berhampiran Pasar Harian Selayang, menurut laporan Bernama.

Nik Nazmi juga berkata sejumlah RM8.2 juta dibelanjakan bagi dua negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur untuk tujuan penyelenggaraan sampah di dalam sungai bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu, katanya sebanyak RM166,320 dibelanjakan untuk kerja penyelenggaraan sampah di struktur benteng balak di Kolam Takungan Banjir Jinjang dan RM150,000 setahun bagi penyelenggaraan sampah Anak Sungai Udang.

Beliau berkata terdapat dua sungai utama yang melalui Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Selayang iaitu Sungai Jinjang dan Anak Sungai Udang.

“Baru-baru ini, saya pergi ke Kolam Takungan Banjir Jinjang… saya lihat antara masalah utama ialah kemasukan sampah dan kos besar yang ditanggung oleh Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membersihkan kolam itu dua kali seminggu.

“Kita harapkan kalau kita dapat kurangkan masalah ini maka kita dapat kurangkan kos penyelenggaraan dan wang itu dapat dibelanjakan untuk tujuan lain bagi meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi masalah banjir,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo