NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Struktur cukai jalan EV diumum bulan depan



SEPANG: Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih kompetitif bulan depan sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Simposium Rel Antarabangsa, Loke berkata struktur cukai jalan itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV.

Loke berkata, kerajaan maklum keresahan pemilik kenderaan EV yang bimbang dikenakan cukai jalan lebih tinggi selepas tamat tempoh pengecualian itu dan kementerian membentangkan struktur cukai jalan yang lebih kompetitif kepada Pasukan Petugas Khas EV.

“Penggalakan itu diperlukan supaya orang ramai mula menerima penggunaan EV dan ekosistem itu perlu dilaksanakan dan dibangunkan termasuklah sistem pengecasan dan sebagainya dan memang itu antara perkara yang kita sedang ambil tindakan sebagai pendekatan menyeluruh kerajaan,” katanya.

Pada 15 Feb 2022, Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan menawarkan pemberian insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM sepenuhnya untuk kenderaan EV bermula 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2025.

Pengecualian itu diberikan kepada kenderaan EV yang menggunakan bateri atau sel bahan api dan tidak terpakai untuk kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel.

Terdahulu dalam ucapannya, Loke berkata kerajaan menyasarkan penglibatan pemain industri rel tempatan secara aktif dalam program penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi membolehkan pelanjutan jangka hayat pengoperasian aset rel daripada 10 hingga 20 tahun kepada 30 hingga 40 tahun.

“Justeru meletakkan Malaysia sebagai hab MRO rel serantau, memupuk pengekalan bakat dan merangsang ekonomi,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo