NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak ada kewajaran, Kerajaan batal cadangan gub RUU Jerebu Rentas Sempadan

Pada 16 Okt Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya akan mengkaji sama ada terdapat keperluan meneruskan penggubalan RUU Jerebu Rentas Sempadan.


PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan meneruskan cadangan penggubalan Rang Undang-undang Jerebu Rentas Sempadan selepas meneliti kewajaran penggubalannya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas Jabatan Peguam Negara dan pandangan pakar undang-undang berhubung kesukaran mendapatkan maklumat diperlukan bagi tujuan pendakwaan.

“Bagi membolehkan penguatkuasaan RUU ini, bukti jelas bahawa jerebu merentas sempadan yang berlaku adalah berpunca dari negara jiran perlu disokong oleh data-data yang mencukupi seperti peta lokasi, koordinat, maklumat pemilik tanah dan syarikat yang beroperasi di lokasi kebakaran.

“Perkara ini melibatkan kerahsiaan, keselamatan dan kedaulatan negara yang menjadi punca jerebu,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Tan Hong Pin (PH-Bakri) mengenai status penggubalan RUU berkenaan bagi membuktikan syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia tidak terlibat dalam kebakaran hutan.

Nik Nazmi berkata, maklumat syarikat berkaitan Malaysia yang beroperasi di negara luar juga sukar diperoleh memandangkan majoriti ekuiti dipegang oleh rakyat tempatan di negara syarikat beroperasi.

“Pencemaran jerebu merentas sempadan tidak dapat diselesaikan hanya dengan penggubalan undang-undang semata-mata. Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan bagi mencegah dan mengurangkan intensiti jerebu merentas sempadan.

“Kementerian telah merangka strategi, inisiatif, langkah-langkah pencegahan serta mengutamakan pendekatan secara diplomasi melalui rundingan dua hala dan pelbagai hala dalam menangani masalah ini,” katanya.

Pada 16 Okt lalu, Nik Nazmi berkata kementeriannya akan terus mengkaji sama ada terdapat keperluan meneruskan penggubalan RUU Jerebu Rentas Sempadan bagi menangani krisis jerebu di negara ini.

Menurutnya, ini kerana penggubalan RUU berkenaan yang pernah dicadang sebelum ini berdepan beberapa kekangan termasuk perjanjian di peringkat negara Asean.

RUU Jerebu Rentas Sempadan pernah dicadang sebelum ini ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 namun tidak diteruskan bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air apabila Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo