NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya fokus kepada penyelesaian - Syahir Sulaiman

YAB, saya tidak sebut puncanya, tetapi fokus kepada penyelesaiannya.

Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa di MOF, 'a strong, formidable, convincing Finance Minister', kerana hampir mustahil Perdana Menteri boleh memikul dwi-fungsi ini dalam tempoh kritikal sekarang.

Diketahui bahawa wewenang Menteri Kewangan sangatlah rumit, perlu membuat banyak keputusan penting, menyemak dan menandatangani banyak dokumen setiap hari. Malah sebahagian tugasan sulit ini tidak boleh diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, apatah lagi Timbalan Menteri bukanlah ahli Mesyuarat Kabinet Jemaah Menteri.

Justeru bagi meringankan beban YAB, saya syorkan bolehlah dilantik seorang 'Menteri Kewangan Kedua' dari kalangan Teknokrat berkaliber, ataupun dilantik YB Ahli Parlimen Titiwangsa yang tidak kurang layaknya, seperti dicadangkan oleh Saudara KJ tempoh hari.

SS, Bachok
1 Jun 2023

#TheRinggitStory

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo