NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar nafi kejatuhan 'Ringgit' disebabkan kegagalan beliau

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal kejatuhan ringgit ketika ini disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuh masa.

Ketika menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Bachok dari PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, Perdana Menteri menjelaskan, kejatuhan ringgit disebabkan pelbagai faktor antaranya disebabkan kekangan antarabangsa.

"Suruh orang yang cadang itu, baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan PAS," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Kerajaam Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Mohd Syahir yang menyatakan bahawa kejatuhan ringgit disebabkan Malaysia tidak memiliki Menteri Kewangan sepenuh masa.

Syahir dilaporkan berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit menyusut berbanding dolar AS dan mata wang lain sehingga mencecah paras RM4.60 berbanding satu dolar AS, dan dijangka boleh mencecah paras RM5 jika tidak dikawal.

Sebelum ini, BNM mengaitkan punca penyusutan ringgit berbanding dolar AS disebabkan ketidaktentuan ekonomi global, seperti isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) dan tekanan pada kedua-dua sektor perbankan AS dan Eropah.

Bank pusat itu mengingatkan bahawa prestasi ringgit berbanding dolar AS atau mana-mana mata wang tidak menunjukkan prestasi ekonomi Malaysia, yang dijangka terus berkembang empat hingga lima peratus tahun ini.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo