NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PDRM bukan lagi bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bermula esok

Foto hiasan
Foto hiasan

PUTRAJAYA: Bermula esok, segala aduan berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pegawai pasukan itu tidak lagi dikendalikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Sebaliknya PDRM tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] (IPCC) yang akan berkuatkuasa esok, sekali gus tidak lagi disenarai di bawah Jadual Akta EAIC 2009 [Akta 700] sebagai salah satu agensi penguatkuasaan seliaan EAIC.

"EAIC akan menyelesaikan semua aduan dan siasatan yang diterima sebelum tarikh 1 Julai dalam tempoh setahun sehingga 1 Julai tahun depan selaras Seksyen 47 Akta 839," katanya melalui kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, sebarang pertanyaan atau aduan oleh orang ramai terhadap PDRM bermula esok boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di talian 03-8886 8526 atau 03-8886 8529.

EAIC bagaimanapun berkata, pihaknya terus komited dengan visi sebagai peneraju dalam penguatkuasaan, transformasi dan pembudayaan integriti berteraskan profesionalisme dan amalan terbaik.

Orang ramai boleh melayari www.eaic.gov.my untuk sebarang maklumat atau info lanjut berkaitan EAIC. – BERNAMA

Prestasi pasaran saham Malaysia kedua terburuk serantau

Sentimen dalam pasaran tahun ini dipengaruhi keputusan kadar faedah oleh Fed - Foto Reuters
Sentimen dalam pasaran tahun ini dipengaruhi keputusan kadar faedah oleh Fed - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Pasaran saham tempatan mengakhiri separuh pertama 2023 kurang memberangsangkan dengan indeks petunjuk utama, FBM KLCI merosot hampir lapan peratus dalam tempoh enam bulan dan menjadi pasaran berprestasi buruk kedua di rantau ini selepas Thailand.

Pada jam 5 petang ini, indeks penanda aras Bursa Malaysia itu ditutup pada 1,376.68, 7.94 peratus kurang berbanding 1,495.49 mata yang dicatatkan pada hari terakhir dagangan 2022.

Indeks FBM KLCI hari ini jatuh 11.69 mata lagi berbanding 1,388.37 yang dicatatkan pada penutup dagangan Rabu lalu, sebelum pasaran ditutup sempena cuti umum semalam.

Berdasarkan perangkaan yang ada, FBM KLCI mencecah paras tertinggi 1,504.16 pada 25 November 2022, seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-15, dan mengakhiri 2022 pada 1,495.49.

Bermula 2023, ia mencatatkan aliran menurun yang stabil sejak itu dan mencecah paras terendah 1,391.04 pada 16 Mac 2023, terutamanya terjejas oleh isu luaran seperti ketegangan geopolitik, pendirian agresif Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) bahawa kadar faedah boleh meningkat lebih tinggi dan kekal tinggi untuk jangka masa panjang, dan krisis perbankan di AS dan Eropah.

Ia pulih menjelang pertengahan April selepas China menghapuskan sekatan COVID-19, keredaan isu krisis perbankan AS dan jangkaan meningkat untuk AS menghentikan kenaikan kadar.

Walau bagaimanapun, momentum itu gagal selepas Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 5.25 peratus Mei dan isu had siling hutang AS.

Persetujuan yang dicapai antara Demokrat dan Republikan berkenaan had hutang AS itu memberi kelegaan kepada pasaran, namun dengan enam Pilihan Raya Negeri yang akan datang mengekalkan pelabur dalam mod 'bertahan' pada Jun.

MIDF Research berkata, sentimen dalam pasaran tahun ini masih dipengaruhi keputusan kadar faedah oleh Fed.

Ia berkata, indeks FBM KLCI dan pasaran ASEAN lain terus ketinggalan dengan dana dilihat lebih bertumpu di pasaran Asia Utara.

Namun, firma penyelidikan pasaran itu menjangkakan, risiko pasaran aset dan ekuiti khususnya cenderung ke arah peningkatan dalam jangka pendek hingga sederhana.

"Melangkah ke hadapan, kami jangka momentum meningkat akan disambung semula terutamanya pasca (henti sementara kenaikan kadar) Fed, dengan dana antarabangsa bergilir ke ASEAN berikutan kelemahan dolar AS dan penilaian yang menarik," katanya.

MIDF Research juga membuat semakan semula bagi unjuran akhir tahun bagi indeks FBM KLCI kepada 1,540 mata berbanding 1,590 mata sebelum ini.

Sementara itu, Kenanga Research merasakan bahawa prestasi rendah pasaran tempatan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini sudah memerlukan kepada peningkatan.

"Kami percaya pasaran tempatan telah mencapai titik terendah, justeru berkemungkinan besar untuk keluar dari keadaan itu jika pendirian Fed kurang agresif terhadap kenaikan kadar faedahnya dan keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang yang lebih mesra perniagaan," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Kenanga Research berkata, dengan mengandaikan keputusan PRN yang 'mesra pasaran', Kerajaan Perpaduan kemudiannya akan dapat mempercepatkan pembaharuan dasarnya.

Ia berkata, pelan rasionalisasi subsidi dan pengenalan semula beberapa bentuk cukai penggunaan untuk meluaskan asas cukai boleh mencetuskan penarafan semula pasaran tempatan kerana ia akan mengukuhkan kemampanan fiskal jangka panjang negara.

Sumber | Bharian 

Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA, cuba 'selamatkan' pelawat China ditahan Imigresen

Tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen. - Foto Bebas News.
Tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen. - Foto Bebas News.

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Dalam kejadian petang semalam itu, menteri terbabit didakwa masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan dan dipercayai bertindak sedemikian bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

Menurut Bebas News yang memetik sumber berkata, apabila tindakannya cuba dihalang, beliau menggunakan kuasa sebagai menteri termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen.

Sementara itu, pihak Jabatan Imigresen yang dihubungi BH memaklumkan satu kenyataan berkaitan insiden itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, ia adalah kali ketiga menteri itu melakukan tindakan demikian membabitkan pelawat yang ditahan daripada memasuki negara.

Tak perlu rayuan, PRK terus bagi Parlimen Kuala Terengganu?

Keputusan pembatalan kerusi Parlimen Kuala Terengganu P036 masih belum melepasi tiga hari. Kalau bandingan orang dulu-dulu, ibarat seseorang mati, tanah kuburnya masih merah lagi. Masih terasa kecewa dengan keputusan itu, tetapi hakikat perjuangan, mesti kita teruskan. Menang, kalah, jatuh, bangun, kecewa, bahagia, perencah yang dirasai oleh semua para pejuang, tanpa memilih hanya yang seronok sahaja.

Maka bergemalah suara lawan yang mendakwa PAS parti rasuah. Ia satu gema yang kita boleh fahami kerenah kurangnya peluru mereka bagi menembak PAS, jadi, apa sahaja yang dapat mereka capai akan mereka rangkul dan gunakan sebagai senjata bagi membelasah PAS. Walaupun hanya sebatang lidi yang halus, dek kerana ketakutan, mereka merasa ia bagaikan sebatang lembing.
Tanpa membaca dan memahami keputusan penghakiman, bagi mereka PAS akan dikenang sebagai perasuah, menipu dalam usaha memenangi undi rakyat. Tidak mengenal dosa pahala, tidak tahu malu, penunggang agama. Inilah naratif yang mereka sedang jalankan dengan gigih agar karakter PAS akan dicemari dan akhirnya dibenci marhaen.

PAS hanya tersenyum kerana sekurang-kurangnya ada juga perlawanan bagi lawan bertindak agresif setelah mereka lemah, tidak bermaya dalam PRU15 lalu. 8-0 adalah satu petanda petaka bagi mereka. Di atas kehinaan mereka ditolak rakyat di semua parlimen, di Dun-Dun juga, hanya satu Dun yang tinggal menyokong mereka daripada 31 Dun yang ada. Jadi usaha mengotorkan PAS adalah amat perlu. 

Masih segar dalam ingatan kita apabila Presiden sebuah parti yang telah dua kali didapati bersalah dan dimasukkan dalam penjara, setelah melalui semua proses perundangan. Penyokong mereka mengamuk apabila ketua mereka dipanggil bekas banduan. Tidak boleh menerima hakikat. Sehinggalah diampunkan oleh Agong, masih belum mengaku salah. 

Seorang lagi Presiden sebuah parti lawan PAS, juga telah didapati bersalah kerana salah guna kuasa. Sehingga sebelum habis penggal ke-14, beliau masih bergelar Ahli Parlimen kerana kes beliau telah dibuat rayuan bagi Pengampunan Di Raja. Sebegitu tinggi undang-undang mereka gunakan atas nama yang mereka gelaran demokrasi. Hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Sedang dalam masa yang sama, PAS, baru sahaja melepasi penghakiman kali pertama, sudah disumbat dalam kandang pesalah dan tidak mahu diberikan peluang rayuan. Kegilaan apakah ini? 

Sedang PAS masih bersabar menanti peluang kedua bagi rayuan, secara tiba-tiba, keluar pula seruan agar tidak perlu menfailkan rayuan, biar kita terus lakukan PRK, kita mahu mengajar Umno.

Sayang mereka tidak faham apa itu maruah. PAS akan kekal diingati sebagai parti perasuah sebagaimana kehendak musuh yang saya nyatakan di atas. Ia bukan kerana jutaan majoriti yang kita peroleh lalu kita merasa gagah dan mahu membelasah lagi lawan. Ia melibatkan isu integriti. PAS berkeyakinan tidak melakukan kesalahan pilihanraya, kita mengikut undang-undang. Isu sekarang hanyalah istilah dan tafsiran hakim kepada sogokan dan ejen. Dua hakim dengan dua penafsiran. 

Kenapa kita mesti menyeru untuk menyerah kalah? Konon kita kuat? Ia jauh lebih manis kita menang kembali kerusi Kuala Terengganu dengan hanya majoriti satu undi setelah kita lalui semua lapisan proses undang-undang yang ada, daripada kita menang majoriti ratusan ribu majoriti, tetapi kita menyerah kalah pada dakwaan yang kita yakin tidak kita lakukan pada kali pertama proses perundangan. Nama PAS kan dikenang sebagai perasuah dalam pilihanraya. Ia akan kekal selama-lamanya.

Mohd Nasir Abdullah
30 Juan 2023

Twitter tolak permintaan SKMM padam ciapan kritik PM

Ia menjadi semakin panas berikutan portal berita MalaysiaNow tidak boleh diakses selama 48 jam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ialah sebuah agensi pengawal selia di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Dan Digital. Gambar: Bernama

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal meminta Twitter untuk menurunkan beberapa ciapan oleh pengkritik kerajaan, dalam langkah terbaru memadamkan pandangan yang tidak memihak kepada Putrajaya, MalaysiaNow difahamkan.

Perkhidmatan rangkaian media sosial yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menolak permintaan SKMM untuk menurunkan empat ciapan oleh Salim Iskandar, yang kerap menyiarkan tulisan mempersendakan kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Memandangkan Twitter sangat percaya dalam mempertahankan dan menghormati suara pengguna kami, adalah menjadi dasar kami untuk memberitahu pengguna jika kami menerima permintaan undang-undang daripada entiti yang diberi kuasa (seperti penguat kuasa undang-undang atau agensi kerajaan) untuk memadamkan kandungan daripada akaun mereka," kata Twitter dalam e-mel kepada Salim bagi memaklumkan permintaan SKMM kepadanya.

Salim sebelum ini menyiarkan beberapa siri ciapan mencabar Anwar untuk mengangkat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan liwat yang mana beliau disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara pada 2015, sebelum diberikan pengampunan diraja pada 2018.

Beliau juga menyelar perdana menteri kerana pendiriannya sekarang yang memihak kepada pelaburan China, membandingkan dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang mengkritik kerajaan kerana bergantung hanya kepada Beijing, termasuk ketika Anwar menuduh kerajaan Najib Razak menjual negara kepada China.

Twitter dalam maklum balasnya menasihatkan Salim untuk memutuskan sama ada beliau mahu memadamkan siaran itu secara sukarela, atau mendapatkan khidmat peguam bela.

Syarikat itu mempunyai dasar meneliti permintaan daripada agensi kerajaan untuk memadam ciapan, tetapi ia hanya dipenuhi untuk kes yang melibatkan kemudaratan kepada kanak-kanak, ancaman kepada nyawa dan keganasan.

Dasar Twiiter juga menghalang syarikat itu daripada mematuhi permintaan yang boleh menyekat kebebasan bersuara atau menutup mulut wartawan dan ucapan politik yang sah.

SKMM ialah sebuah agensi pengawal selia di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital diterajui Fahmi Fadzil, yang mengundang kontroversi kerana serangannya terhadap media serta ancaman tindakan polis terhadap pengkritik kerajaan baru-baru ini.

Fahmi dan SKMM sekali lagi menjadi tumpuan baru-baru ini selepas MalaysiaNow tidak dapat diakses, hanya beberapa jam selepas saluran berita dalam talian itu melaporkan tentang kemarahan Fahmi terhadap pengkritik kerajaan semasa sesi secara langsung di TikTok.

Walaupun Fahmi menafikan beliau mengeluarkan sebarang arahan untuk menyekat mana-mana portal berita, namun semakan menggunakan alat dalam talian menunjukkan sekatan itu dilakukan dengan cara biasa digunakan oleh pihak berkuasa untuk menyekat kandungan berunsur lucah dan yang tidak diingini.

Laman sesawang MalaysiaNow tidak boleh diakses oleh pengguna Unifi, Maxis dan Celcom, tetapi dibuka semula pada petang semalam tanpa sebarang sekatan pada tiga penyedia perkhidmatan internet utama di negara ini.


Sumber | MalaysiaNow

Buat apa MUDA bergerak solo jika hanya menang beberapa kerusi – bidas Mahathir



SEPANG – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang mahu bergerak solo pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Menurutnya, langkah MUDA itu sia-sia sekiranya hanya memenangi beberapa kerusi yang tidak memungkinkan untuk membentuk kerajaan di mana-mana negeri yang ditandinginya.


“Jika MUDA bergerak solo, dan memasuki PRN dengan hanya memenangi beberapa kerusi, apa yang boleh dibuat dengan hanya beberapa kerusi. 

“Kamu kena jadi kerajaan (negeri) dan niat kita adalah untuk jadi kerajaan. Kita akan letak calon yang mencukupi jika menang, kita boleh jadi kerajaan (negeri),” katanya dalam sidang media khas di Hotel Sama-sama, hari ini.

Mahathir berkata demikian mengulas pertanyaan media tentang langkah MUDA yang diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil pendirian untuk bergerak solo di PRN enam negeri, akan datang.

Pengumuman itu menyaksikan akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara MUDA, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).


Dalam sidang media sama, Mahathir turut menempelak cadangan UMNO untuk menubuhkan Kongres Ekonomi Melayu yang disifatkan sudah terlambat.

“Sekarang baru mereka teringat hendak buat kongres, selama ini mereka hanya teringat hendak buat duit

“Banyak yang curi duit, mereka guna duit nak dapat sokongan, sebab itu mereka dalam pilihan raya perlukan duit banyak,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan menganjurkan satu kongres Orang Melayu yang lebih bermakna daripada Proklamasi Orang Melayu pimpinan Mahathir.


Jelas Ahmad Zahid, kongres yang akan digerakkan sayap Pemuda dan Puteri UMNO itu akan mengetengahkan idea-idea baharu bagi mempertingkatkan ekonomi dan menangani kesaksamaan dikalangan rakyat di negara ini. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Nothing Perolehi Dana Pelaburan Berjumlah RM448 Juta

Nothing hari ini mengumumkan mereka telah meraih dana pelaburan baharu dalam terus memperkembangkan syarikat dan penawaran produk. Suntikan dana baharu ini berjumlah $96 juta (~RM448 juta) daripada sejumlah pihak, termasuk Highland Europe, Google Ventures, EQT Venturs dan C Capital.

Setakat ini, Nothing telah hadir dengan sebuah telefon Nothing Phone (1), dan juga penawaran Nothing Ear (2) serta Nothing Ear (Stick). Bergerak kehadapan, Nothing merancang memperkenalkan Nothing Phone (2) pada 11 Julai kelak.


Sehingga kini juga, Nothing menyatakan telah menjual lebih 1.5 juta produk berjenama Nothing di pasaran. Dengan pelaburan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah lagi inovasi dan pembaharuan yang bakal ditawarkan melalui produk-produk Nothing selain rekaannya.

Sumber | Amanz

"Kenyataan Tony Pua mungkin kenyataan sebenar dalam hati penyokong DAP.“ - KJ



SHAH ALAM - Kerjasama antara UMNO dengan DAP dalam kerajaan Perpaduan masih dalam keadaan sangat tidak selesa, kata Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, ini susulan kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup' berkemungkinan mencerminkan pandangan sebenar dalam hati penyokong DAP.

"Apa kita tahu dari segi reaksi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) juga masih hambar dengan kerjasama bersama DAP.

"Kenyataan Tony Pua mungkin kenyataan sebenar dalam hati penyokong DAP. Kesimpulannya, kerjasama ini masih sangat tidak selesa.

"Jadi kita lihat pada masa akan datang apa yang berlaku (hubungan DAP-UMNO)," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Program Podcast Keluar Sekejap bersama bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.

Sebelum ini, Tony yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara menggelar Barisan Nasional (BN), yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'pakatan korup'.

Dakwaan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk dari Anthony Loke yang menganggap Tony tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berunsur serangan terhadap mana-mana rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan dan menegaskan bahawa kenyataan Tony adalah atas kapasiti individu.


Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Tony sebagai biadab dan menggesa DAP mengambil tindakan terhadapnya sementara Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendesak agar Tony tidak dicalonkan pada PRN akan datang.


Sumber | Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Polis Israel serbu kawasan Masjid al-Aqsa ketika solat Aidiladha

Laporan menyatakan bahawa pasukan Israel menahan sekurang-kurangnya 18 orang di Masjid Al-Aqsa. - Gambar Fail


JERUSALEM - Sekitar 100,000 jemaah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa, sebelum polis Israel menyerbu kawasan suci umat Islam dan memaksa jemaah keluar dari kawasan Bab al-Rahma, serta menahan beberapa orang, mengikut sumber tempatan.

Laporan menyatakan bahawa pasukan Israel menahan sekurang-kurangnya 18 orang di Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita WAFA.

Pihak berkuasa Israel berniat untuk mengubah Bab al-Rahma, juga dikenali sebagai Pintu Emas, menjadi kawasan ibadat bagi Yahudi dan telah menghalang orang Islam daripada mengakses kawasan itu. - Bernama-WAFA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pengundi ‘tawar hati’ jika penyokong PH tak ubah kelakuan berdepan kritikan, kata Shahril

Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan berpendapat segelintir penyokong Pakatan Harapan tak boleh terima kritikan dan pandangan yang tidak positif terhadap perdana menteri ataupun kerajaan. 


PETALING JAYA: Bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan berpendapat kelakuan penyokong Pakatan Harapan(PH) ketika berdepan kritikan mungkin menyebabkan pengundi yang berpotensi menyokong gabungan itu akan tawar hati.

“Kalau mereka tak hentikan ‘gelombang’ ini, nampak macam liberal, marah semua yang tak sokong kerajaan tak apa. Tetapi mereka mengugut dengan mengatakan bahawa sesuatu buruk akan berlaku dan siapa yang tak sokong PH adalah ‘tunggang agama’, jual bangsa dan sebagainya.

“Semua kritikan dan tohmahan sebegini…kerana semata-mata tak boleh terima kritikan dan pandangan yang tidak positif terhadap perdana menteri ataupun kerajaan,” katanya dalam episod terbaru ‘Keluar Sekejap’.

Shahril berkata, terdapat kebarangkalian pengundi yang mesra kepada PH tetapi akhirnya tidak memberi undi kepada gabungan itu sekiranya keadaan sedemikian berterusan.

Katanya, keadaan itu bukan hanya dapat dilihat menerusi isu teguran di TikTok oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, tetapi juga dapat dilihat sejak enam atau tujuh bulan lepas.

Semalam, Fahmi menyangkal laporan yang menyatakan beliau mengancam mengambil tindakan terhadap penonton siaran langsungnya di TikTok kerana menyiarkan komen mengkritik dirinya dan kerajaan.

Fahmi berkata, beliau hanya mengingatkan penonton supaya tidak membuat kenyataan berunsur provokasi berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Tindakan ugut pengkritik guna polis, salah dan tidak wajar : Pejuang

Peguam dan Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali. 


Pejuang menyuarakan kebimbangan terhadap cara menteri kerajaan Madani menggunakan pihak berkuasa dalam memberi amaran kepada pengkritik seperti yang dilakukan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Ketua Penerangannya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata meski ada sekatan-sekatan tertentu dalam hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan namun kebelakangan ini sebarang kritikan akan ditakutkan dengan pihak berkuasa.

“Seolah meneruskan rentak sumbang membelakangkan reformasi, kerajaan campuran kini mara selangkah lagi apabila secara terangan mengugut akan menggunapakai pihak berkuasa dalam arena perbincangan terbuka.

“Apa yang berlaku kini seolah-olah salah guna kuasa atau kedudukan. Bagaimana seorang menteri boleh tergamak berkata sedemikian sedangkan parti beliau sendiri sebelum jadi kerajaan paling lantang bersuara mengkritik mereka dalam kerajaan?


“Kita faham dibawah Perlembagaan Persekutuan adanya hak asasi kebebasan bersuara. Ini termasuk mengkritik. Benar ada sekatan-sekatan yang boleh dikenakan oleh undang-undang bawah akta-akta tertentu.

“Tetapi kebelakangan ini nampaknya apa sahaja yang dikatakan terhadap kerajaan campuran Madani ini mestilah baik-baik sahaja. Kalau ada unsur-unsur kritik terus ditakutkan dengan penggunaan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sesi ‘live’ di TikTok yang dihoskan Fahmi malam semalam berakhir dengan Ketua Penerangan PKR itu mengancam penonton dengan tindakan kerana memuat naik komen mengkritiknya dan kerajaan campuran.

“Semua anda yang masuk dalam ‘live’ saya dan mengeluarkan kenyataan ini, anda sedang dipantau oleh pihak berkuasa.

“Jangan marah saya kalau ada panggilan nanti ataupun ada radio ‘car‘ yang singgah di rumah anda. We are monitoring, behave yourself (Kami sedang memantau, jaga kelakuan anda),” kata Fahmi.

Namun semalam, beliau menafikan dakwaan mengancam itu sebaliknya, beliau hanya mengingatkan penonton supaya tidak membuat kenyataan berunsur provokasi berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Sementara itu, Muhammad Rafique yang juga seorang peguam berkata amaran dan ugutan dilontarkan Fahmi itu salah serta tidak wajar.

“Yang peliknya, mereka yang kini berada dalam kerajaan termasuk YB Menteri Komunikasi dan Digital sendiri, adalah pihak-pihak yang memberi akujanji akan membawa perubahan atau reform berkaitan hak bersuara. Jauh panggang dari api.

“Amaran serta ugutan yang dilontarkan semalam oleh menteri adalah amat-amat salah dan tidak wajar. Ianya seolah satu proses intimidasi pada lawan yang boleh membawa pada salah guna kuasa.

“Perbuatan tersebut juga dirangka untuk mendiamkan kritikan atau pengkritik (silencing of critics). Ia juga salah satu cara untuk mengelak rakyat daripada terus mempersoal kewibawaan atau kecekapan kerajaan dalam menangani pelbagai isu yang menghantui rakyat seperti kos sara hidup, ekonomi yang makin parah serta isu hipokrasi kerajaan,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

UMNO Ketereh persoal tindakan PH lapor polis berkait doa ‘musuh Allah’



Ketua Penerangan UMNO Ketereh, Nik Saiful Adli Buhari memmpertikai tindakan parti-parti kerajaan yang membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berkait doa ‘musuh Allah’.

Nik Saiful berkata doa yang dibaca Zainul Asri ketika program Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah 24 Jun lalu itu bersifat umum yang tidak ditujukan kepada parti lawan.

“Doa Sheikh Zainul Asri bersifat general (umum), bukan ditujukan kpd parti lawan…Tak perlulah report (lapor) polis, desak buka kertas siasatan.

“Pihak polis juga sibuk, banyak kerja lain. Banyak lagi kes curi motor hisap dadah dan rogol tak sempat nak siasat!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.


Malah beliau menyokong doa Zainul Asri yang memohon perlindungan bukan saja untuk Kedah.

“Baguslah berdoa semoga bukan sahaja Negeri Kedah malah seluruh Malaysia dilindungi Allah daripada musuh-musuh Allah.

“Musuh Allah ini bukan parti politik atau individu tertentu. Jika PAS menggunakan agama untuk kepentingan diri dan kekayaan, menindas rakyat dan gagal menjalankan amanah, PAS juga boleh jadi musuh Allah. Begitu juga dengan parti-parti dan pemerintah lain,” katanya lagi.

Kelmarin, Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap Zainul Asri yang merupakan pendakwah bebas atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan ‘musuh Allah’.

Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Mohamad Yahya membuat laporan berkenaan di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Semalam, Zainul Asri menafikandakwaan pihak yang menafsir ucapannya itu sebagai satu kenyataan politik, sebaliknya ia ditujukan kepada golongan seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran.

“Sesungguhnya saya tidak menyasarkan ucapan itu kepada mana-mana kumpulan dan tidak sebut mana-mana parti politik dan juga sesiapa sahaja.

“Yang dimaksudkan saya dalam ucapan itu adalah firman Allah yang bermaksud “Tidak akan meredai golongan Yahudi dan Nasrani sehingga lah kamu mengikut jejak langkah kehidupan mereka” (Surah al-Baqarah ayat 120).

“Saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada muslimin muslimat dan rakyat Malaysia yang tersinggung, tersentuh terhadap ucapan yang berbangkit,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Senator MIC umum letak jawatan dan keluar parti, tak tahan sekatan



Seorang Senator dari MIC, Datuk Sivaraj Chandran mengumumkan peletakan jawatannya serta mengisytiharkan keluar parti itu.

Keputusan Sivaraj keluar parti itu dibuat susulan terdapat sekatan yang dikenakan MIC terhadap dirinya dan mahu menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Dewan Negara tanpa sebarang halangan.

“Lebih baik saya keluar parti demi menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara tanpa sebarang halangan atau sekatan daripada mana-mana pihak terutamanya kepimpinan MIC.

“Beberapa peristiwa berlaku di bawah pentadbiran Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran membuatkan saya membuat keputusan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, keputusan diambil memandangkan ada pihak yang menganggap dirinya sebagai ancaman dalam parti.

“Lebih buruk lagi, saya disekat dengan pelbagai cara daripada menerusian khidmat bakti saya kepada masyarakat dan negara. Jika perkara ini terus berpanjangan, kemungkinan ia mendorong kepada perpecahan dalam kalangan ahli parti.

“Sejujurnya, saya tidak mahu menjadi punca parti ini terus berpecah akibat perbezaan pandandan dan pendekatan,” katanya lagi.

Untuk rekod, sejak menyertai MIC hampir 20 tahun lalu, Sivaraj memegang beberapa jawatan penting seperti Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Naib Presiden, calon pilihan raya dan ahli Parlimen.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Saman fitnah : Anwar, Sanusi diarah kemuka hujah bertulis

Dalam afidavit jawapan kes saman itu yang difailkan 25 April lalu, Anwar menyatakan permohonan Sanusi bagi menentukan persoalan itu adalah di luar bidang kuasa mahkamah.


Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan hujahan bertulis sebelum atau pada 26 Julai ini berkait saman fitnah, lapor BH.

Hujahan bertulis berkenaan berhubung bantahan Anwar terhadap permohonan Sanusi supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun itu, lima tahun lalu.

Sanusi juga memohon mahkamah untuk menentukan persoalan undang-undang, sama ada sesuatu pengampunan diberikan Yang di-Pertuan Agong di bawah kuasa yang diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, berupaya mengetepikan sabitan jenayah.

Bantahan itu berkait saman fitnah difailkan Anwar terhadap Sanusi pada 13 Disember tahun lalu berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkan Anwari dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.


Peguam Anwar, Datuk SN Nair berkata mahkamah juga mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan jawapan kepada hujahan bertulis itu selewat-lewatnya pada 9 Ogos ini dan tarikh pengurusan kes lanjut ditetapkan pada 14 Ogos.

Dalam afidavit jawapan kes saman itu yang difailkan 25 April lalu, Anwar menyatakan permohonan Sanusi bagi menentukan persoalan itu adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

Menurut Presiden PKR itu, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 181, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan adalah kuasa yang tetap dan tidak terjejas.

Beliau menegaskan pelbagai kes diputuskan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang mendukung prinsip perundangan itu apabila memutuskan mahkamah tidak boleh mengesahkan apa-apa keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, ia termasuk keputusan untuk memberikannya pengampunan, yang secara langsung membuktikan mahkamah tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Anwar dalam pernyataan tuntutan melalui saman itu mendakwa kenyataan fitnah berkenaan antaranya membawa maksud beliau mendapat pengampunan melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

“Objektif saya bukan untuk menjadi perdana menteri lagi” - Tun M



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau akan memberikan sokongan aktif terhadap mana-mana gerakan untuk memperkukuh orang Melayu sempena PRN itu, menurut laporan Bernama.

“Saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya, dan objektif saya bukan untuk menjadi perdana menteri lagi,” kata beliau pada sidang media di sini sekembalinya ke tanah air dari luar negara hari ini.

Enam negeri akan mengadakan PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor sudah dibubarkan masing-masing pada 22 Jun dan 23 Jun lepas, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang dibubarkan hari ini manakala DUN Negeri Sembilan akan dibubar pada 1 Julai.

Mengulas hasrat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas perdana menteri untuk berjumpa dengannya, Dr Mahathir berkata pertemuan hanya boleh dilakukan selepas Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan bertemu Dr Mahathir dalam masa terdekat untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Tidak boleh sentuh 3R, habis nak buang mana Rukun Negara? : Sanusi



“Kalau sentuh 3R adalah tindakan melampau, habis nak buang mana Rukun Negara?,” demikian reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada pemberita, hari in.

Beliau berkata demikian ketika mengulas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar tidak menyentuh isu sensitif 3R iaitu bangsa, agama dan institusi diraja ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Menolak arahan itu, Muhammad Sanusi tiga perkara tersebut tidak seharusnya ditinggalkan memandangkan ianya termaktub dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

“Rukun Negara merangkumi semua perkara termasuk institusi diraja dan agama.

“Dalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Adakah kita kena buang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Rasmi Kenderaan Menteri Besar dan Exco Kedah, hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah secara rasmi dibubarkan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, Rukun Negara ditubuhkan sebagai rujukan kepada semua rakyat Malaysia.

“Kegagalan untuk menyemai semangat nasionalisme membawa kepada tragedi 13 Mei, justeru Rukun Negara diwujudkan sebagai titik rujukan tentang apa yang membentuk negara.

“Cakap pasal agama, bangsa, raja semua tak boleh…sedangkan itu semua dalam Rukun Negara. Jadi hangpa buang Rukun Negara…orang lain buat semua salah, hangpa buat tak apa. Rujuk saja Rukun Negara, itu jawapan saya,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) dilaporkan memberi peringatan kepada parti politik yang terbabit dalam PRN supaya tidak menyentuh isu sensitif 3R.

Menurut Saifuddin, sekiranya perkara itu berlaku menjelang PRN tidak lama lagi, polis akan mengambil tindakan undang-undang dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo