NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Kenyataan Tony Pua mungkin kenyataan sebenar dalam hati penyokong DAP.“ - KJ



SHAH ALAM - Kerjasama antara UMNO dengan DAP dalam kerajaan Perpaduan masih dalam keadaan sangat tidak selesa, kata Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, ini susulan kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup' berkemungkinan mencerminkan pandangan sebenar dalam hati penyokong DAP.

"Apa kita tahu dari segi reaksi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) juga masih hambar dengan kerjasama bersama DAP.

"Kenyataan Tony Pua mungkin kenyataan sebenar dalam hati penyokong DAP. Kesimpulannya, kerjasama ini masih sangat tidak selesa.

"Jadi kita lihat pada masa akan datang apa yang berlaku (hubungan DAP-UMNO)," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Program Podcast Keluar Sekejap bersama bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Rabu.

Sebelum ini, Tony yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara menggelar Barisan Nasional (BN), yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'pakatan korup'.

Dakwaan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk dari Anthony Loke yang menganggap Tony tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berunsur serangan terhadap mana-mana rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan dan menegaskan bahawa kenyataan Tony adalah atas kapasiti individu.


Pemuda UMNO menyifatkan kenyataan Tony sebagai biadab dan menggesa DAP mengambil tindakan terhadapnya sementara Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendesak agar Tony tidak dicalonkan pada PRN akan datang.


Sumber | Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo