NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang – Annuar Musa



BANGI, Isnin – Bekas pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa parti politik terbesar orang Melayu itu bakal ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ini kerana, Presiden Muafakat Nasional itu berkata, sokongan yang diberikan oleh rakyat khususnya ketika UMNO bersama PAS, bukan DAP.

“Kehadiran ribuan penyokong UMNO dan PAS di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) September 2019 telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat sehingga UMNO meraih kemenangan dalam siri PRK dengan cemerlangnya.

“Kehadiran puak sosialis, liberal, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (Ahad) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO terus meninggalkan parti itu.

“UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, Insya-Allah,” kata beliau dalam hantaran di Facebook peribadinya pada Ahad.

Kerajaan Persekutuan menganjurkan Konvensyen Nasional buat julung kali di WTCKL.

Acara itu dibuka tirai dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan secara serentak.

Konvensyen itu menghimpunkan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Persekutuan dan disifatkan kesemua pemimpin dalam gagasan itu sebagai peristiwa bersejarah dalam pembentukan kerajaan yang stabil.


Sumber I Tv Pertiwi 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo