NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azam dilantik oleh Muhyiddin, Perkhidmatan memuaskan - Anwar



BANGI, Isnin – Perkhidmatan yang memuaskan semasa menjalankan tugas antara faktor Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azam dilantik meneraju suruhanjaya itu di bawah  pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tidak memilih puak atau parti untuk mengekalkan jawatan tersebut.

“Dia (Azam) dilantik oleh Perdana Menteri masa Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin) dan walaupun ada isu dibangkitkan dahulu. Dari segi kerja saya tengok, saya bagi kelonggaran dan wewenang sepenuhnya kepada SPRM serta Peguam Negara untuk menjalankan tugas. 

“Setakat saya lihat, mereka menjalankan tugas dengan memuaskan, dia (Azam) ambil tindakan tanpa memilih puak atau parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Putrajaya pada Isnin.

Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, berkuat kuasa Jumaat lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan.

Beliau dilaporkan berkata, pelantikan semula Azam adalah untuk tempoh selama setahun dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Azam menjalankan tugasnya dengan baik serta tidak memihak sehingga ada pejabat menteri turut digeledah untuk membantu siasatan.

“Belum pernah dalam sejarah umpamanya, pejabat-pejabat menteri juga digeledah dan dikenal pasti beberapa kompromi mengenai tindakan pegawai-pegawai serta terus mengambil tindakan sementara siasatan dijalankan. Jadi atas kapasiti itu, kita teruskan khidmat beliau,” katanya.

Azam yang dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) pada tahun 1984.

Jawatan pertama Azam di badan itu adalah Penolong Pegawai Siasatan, selain pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perisikan, Pegawai Pendakwaan, termasuk menjalankan tugas sampingan dalam aktiviti pendidikan masyarakat.

Beliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Azam memegang jawatan itu ketika pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu Muhyiddin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anwar.


Sumber I Tv Pertiwi 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo