NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Raja Sepak Takraw Asia meninggal dunia



ALOR SETAR – Legenda sukan sepak takraw tanah air, Adnan Saidin meninggal dunia, hari ini.

Berita pemergian Allahyarham Adnan dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.


Difahamkan arwah yang turut dikenali sebagai Raja Sepak Takraw Asia, telah beberapa hari menjalani rawatan di hospital akibat sakit jantung dan jangkitan kuman pada paru-parunya.


Adnan yang dilahirkan di Kampung Padang, Tandop, dekat sini mula berjinak-jinak dengan sukan itu sejak berusia lapan tahun dengan bermain sepak takraw pada setiap petang.

Perjuangannya selama hampir 20 tahun dalam sukan itu banyak meninggalkan kenangan manis kepadanya dan juga negara terutama ketika ketika berdepan musuh tradisi, Thailand pada aksi final Sukan SEA di Jakarta 1979.

Tidak ‘koyak’ dengan perang psikologi dilancarkan lawan, libasan ‘maut’ Adnan tepat ke dada apit kanan Thailand yang menyaksikan pemain itu tumbang akibat sesak nafas dan terpaksa diusung keluar gelanggang.

Kehebatannya dalam sukan itu membolehkannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Asia 1984 dan digelar Raja Sepak Takraw Asia 1986. – KOSMO! ONLINE




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo