NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TFCSB nafi khabar angin tukar ketua jurulatih skuad Penyu

Khabar angin mengenai pertukaran ketua jurulatih timbul susulan prestasi merundum TFC di Liga Malaysia musim ini. - Fail/BERNAMA


KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menafikan khabar angin bahawa pihaknya akan menggantikan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner dengan pengendali baharu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ab Rasid Jusoh berkata berita yang berlegar di media sosial itu tidak benar dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata proses mencadang, melantik atau menukar jurulatih baharu bukan perkara mudah, selain perlu mendapat persetujuan daripada pihak atasan dan Ahli Lembaga Pengarah TFCSB terlebih dahulu.
"Kami amat kesal dengan penyebaran berita yang tidak benar sebegini. Untuk makluman proses menukar jurulatih perlu dikaji dengan terperinci oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal TFC sebelum dilaksana.
"TFCSB tidak akan mengambil tindakan terburu-buru yang melibatkan pengendali pasukan dan pemain kerana mereka aset utama pasukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ab Rasid penyebaran berita itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan antara pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan, serta menganggu persediaan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Super yang bakal bersambung 19 Mei ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penyokong skuad Penyu serta mana-mana pihak supaya tidak mempercayai khabar berita daripada sumber yang tidak sahih.
"Saya mohon peminat bola sepak Terengganu supaya tidak terpengaruh dan terus memberikan sokongan kepada TFC agar pasukan kita kekal unggul dalam arena bola sepak negara," katanya.
Khabar angin mengenai pertukaran ketua jurulatih timbul susulan prestasi merundum TFC di Liga Malaysia musim ini.
TFC ketika ini menghuni tangga kelapan daripada 14 pasukan yang bertanding di Liga Super dengan kutipan 14 mata daripada 10 perlawanan di pusingan pertama.
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo