NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kebebasan media: Beberapa akta perlu dilihat semula - Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob percaya pengamal media memiliki 'self-censorship dalam isu-isu sensitif demi memastikan keamanan negara. - Fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta beberapa seksyen tertentu dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dilihat semula.
Dalam hantaran di media sosial, beliau berpandangan bahawa semua pihak perlu menerima hakikat bahawa media tidak boleh lagi dikongkong.
“Pengamal media adalah mata dan telinga untuk kerajaan agar pihak berkuasa yang terlibat boleh mengambil tindakan sewajarnya. Bagaimanapun, masih ada ruang untuk kebebasan media bergerak maju ke hadapan.
“Beberapa undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen-seksyen tertentu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu dilihat kembali.
“Kita harus menerima hakikat bahawa media tidak boleh lagi dikongkong kerana hampir semua mempunyai akses kepada media sosial di mana maklumat mengalir dengan amat pantas,” ujarnya.
Tambahnya, beliau percaya pengamal media memiliki ‘self-censorship’ dalam isu-isu sensitif demi memastikan keamanan negara.
Mengulas mengenai kedudukan negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2022, Ismail Sabri berkata, kejayaan itu dicapai ketika Malaysia bawah pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia.
“Ketika merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022, saya menegaskan bahawa profesion kewartawanan perlu kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan serta campur tangan pihak lain, demi menjamin kebebasan bersuara di negara ini.
“Semoga media terus kekal bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat laporan,” katanya lagi.

Sumber I Astro Awani 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo