NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar UiTM juara Muay Thai dunia



SHAH ALAM: Atlet Muaythai daripada kursus Diploma Pengajian Sukan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam mengharumkan nama negara dalam Kejohanan Muaythai Dunia 2023 apabila dijulang selaku Juara kategori 51kg Wanita B-23.

Menurut kenyataan UiTM, Nur Amisha Azrilrizal yang sebelum ini telah memenangi pingat gangsa pada edisi 2021 dan perak pada tahun 2022 menewaskan lawan yang lebih berpengalaman dari Iran, Fatemeh Mamani dengan kiraan 29-27.

“Nur Amisha telah membuktikan disiplin selaku atlit universiti berpengatahuan Sains Sukan memberi kelebihan kepada peningkatan prestasi pada kejohanan yang beliau sertai baru-baru ini.

“Ketekunan beliau dapat dilihat berdasarkan komitmen yang ditunjukkan di dalam latihan dan fokus untuk memperbaiki pencapaian pada edisi terdahulu,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas UiTM lagi, Nur Amisha yang sepatutnya menyertai beberapa rakan atlit UiTM mewakili Malaysia ke Sukan SEA, Kemboja 2023 namun tidak berpeluang untuk berbuat demikian berdasarkan keputusan tuan rumah Sukan SEA, Kemboja bertindak menukar nama sukan dan badan dunia daripada Muay kepada Kun Khmer.

Ia menyaksikan atlet negara tidak dapat menyertai edisi kali ini dan memilih untuk beraksi di Kejohanan Muay Thai Dunia yang dianjurkan pada minggu yang sama.

“Namun, pencapaian selaku Juara di kejohanan Muay Thai Dunia 2023 sedikit sebanyak mengubat kekecewaan tersebut malah melakar kejayaan yang lebih cemerlang di persada antarbangsa,” jelasnya. –UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo