NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Operasi tiga cawangan taska terlibat kes dera ditutup

KHAIRIN-NISA ISMAIL (kanan) melawat taska yang terlibat dalam kes penderaan dua bayi di Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menutup serta-merta operasi taska yang dipercayai terlibat dalam kes penderaan dua bayi di Mutiara Rini, Skudai di sini selepas disahkan tidak mempunyai lesen.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, dua cawangan lain taska itu di Jalan Abdul Samad dan Gelang Patah turut ditutup dan pihaknya telah meninjau taska berkenaan serta bertemu dengan pengusaha bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya dapati taska berkenaan belum mendapatkan lesen daripada JKM kerana belum menerima kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan bomba. Kalau tiada kebenaran daripada tiga pihak ini, JKM memang tidak boleh keluarkan lesen. Sebelum ini pun kita dah nasihatkan supaya tidak beroperasi tanpa lesen tapi pengusaha berdegil dan tetap beroperasi juga.

“Sehubungan itu, ketiga-tiga rangkaian taska berkenaan ditutup serta-merta oleh JKM negeri di bawah Seksyen 20a Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984,” katanya selepas melakukan lawatan ke taska berkenaan, hari ini.

Jika sabit kesalahan, pengusaha taska tersebut boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Khairin-Nisa berkata, pengusaha tersebut dipercayai telah memohon lesen awal tahun ini dan telah beroperasi secara haram selama tiga hingga empat bulan ini.

“Saya menasihati ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska supaya menyemak sendiri dengan JKM sama ada tempat yang dihantar mempunyai lesen menjaga kanak-kanak,” katanya.

Pengasuh yang merupakan suspek dalam kes itu telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam salah satu rakaman video yang tular, suspek dilihat mengangkat mangsa pada ketinggian sederhana sebelum dilepaskan beberapa kali dipercayai geram kerana mangsa menangis berterusan, manakala video kedua, suspek telah menepuk kepala mangsa beberapa kali selain turut meniup muka mangsa. – UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo