NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tarik balik rayuan kalimah Allah, bekas menteri tuntut penjelasan KDN



BANGI, Selasa – Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri diminta memberikan penjelasan berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi, berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berharap Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dapat memaklumkan perkara itu pada sidang media dalam masa terdekat.

Katanya, lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Beliau menegaskan ia diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008.

Beliau dalam satu kenyataan semalamberkata berdasarkan keputusan muzakarah itu jugalah satu keputusan telah dibuat untuk membuat rayuan semula bagi kes yang telah ditetapkan pada tahun 2021 itu.

“ Paling utama, keputusan untuk rayuan semula kes pada tahun 2021 adalah bagi menjunjung titah KDYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan KDYMM Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu membuat rayuan semula bagi keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.”

Tambah beliau kedua-dua baginda telah  menitahkan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu untuk  membuat rayuan semula bagi keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 yang memutuskan,  bahawa penganut Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Justeru itu, beliau dalam satu hantaran di Facebooknya, menggesa penjelasan diberikan berhubungan KDN menarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah seperti yang dilapor media.

Katanya,  para  Mufti serta Jawatankuasa Muzakarah MKI telah bersusah payah  berbincang, dan mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan NGO, dan menyusun kertas kerja penghujahan yang juga  melibatkan ramai pakar dan tokoh akademik dalam memulakan proses rayuan itu.

Rayuan itu dibuat beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atas kesedaran akan keperluan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah, dan Solat kekal menjadi milik umat Islam di Malaysia. 

Dalam setelah proses berkenaan semua lengkap, ia dibentang kepada Jemaah Menteri dan proses rayuan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu melalui Kementerian Dalam Negeri dimulakan.

Justeru itu beliau berharap Menteri Dalam Negeri ada jawapan mengenai perkara itu yang menjadi kepentingan umat Islam di negara ini.

“Saya amat berharap Kerajaan Madani melalui Kementerian Dalam Negeri ada jawapannya. Ini kerana YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail selaku Menteri Dalam Negeri memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung isu kepentingan umat Islam ini.”

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan mengharapkan pertolongan Allah dengan  potongan surah  hud ayat 88 yang bermakna – Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.

“Saya dengan rendah diri serta mengharapkan pertolongan Tuhan menyatakan dengan tulus berdasarkan kalam Allah,

Ų„ِŁ†ْ Ų£ُŲ±ِŁŠŲÆُ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų§Ł„ْŲ„ِŲµْŁ„َŲ§Ų­َ Ł…َŲ§ Ų§Ų³ْŲŖَŲ·َŲ¹ْŲŖُ ۚ ŁˆَŁ…َŲ§ ŲŖَŁˆْŁِŁŠŁ‚ِŁŠ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŲ§Ł„Ł„َّŁ€Ł‡ِ ۚ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŲŖَŁˆَŁƒَّŁ„ْŲŖُ ŁˆَŲ„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų£ُŁ†ِŁŠŲØُ

Maksudnya: “Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.”  –  (Surah Hud: 88)

Semalam, Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi media mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, notis pemberhentian berkenaan sudah direkodkan Mahkamah Rayuan.

Menurut notis berkenaan, dua pihak tersebut, tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021.

Susulan itu, keseluruhan rayuan dihentikan tanpa sebarang perintah terhadap kos.


Sumber I Tv Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo