NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peguam negara gugur 16 kes berprofil tinggi sejak 2018, kata Azalina



Peguam negara telah menggugurkan 16 kes berprofil tinggi sejak tahun 2018 hingga 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata 13 daripada kes tersebut dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah.

“Daripada jumlah 16 kes tersebut, Mahkamah telah memerintahkan 13 kes dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan 3 kes lagi dilepas tanpa dibebaskan di bawah seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah.

“Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan kes berprofil tinggi tersebut setelah menimbangkan, antara lain perkembangan baharu sesuatu kes, representasi yang dikemukakan peguam bela tertuduh, tertuduh yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dijadikan saksi pendakwaan, atau tertuduh dikenakan kompaun.,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Dewan Rakyat, semalam.

Sebelumnya, Muhammad Fawwaz meminta perdana menteri menyatakan data kes profil tinggi yang telah digugurkan oleh peguam negara sejak 2018 sehingga 2023 dan alasan pengguguran kes tersebut.

Dalam jawapan sama, Azaline menegaskan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk mengenakan atau menggugurkan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.

“Keputusan yang dibuat adalah dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo