NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim



Dakwaan kononnya PAS akan kembali bersama DAP dibuat kerana Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu sudah tidak larat dikecam penyokongnya sendiri.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu terpaksa menahan dirinya yang dikecam teruk kerana kini sudah menjadi sahabat baik dengan UMNO walaupun sebelum ini paling lantang dalam melawan musuh politik mereka itu, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, Mat Sabu kini cuba merasionalkan hubungan mereka dengan UMNO dan kini dia mahu mengata parti lain pula.

“Saya fikir, itu hanya sekadar mahu memujuk hatinya sahaja. Sebelum ini dia juga yang selalu menghentam UMNO dengan mengatakan UMNO sebagai parti penyamun, namun tiba-tiba hari ini dia bersekongkol dengan UMNO.

“Jadi mungkin kenyataan beliau itu adalah untuk menenangkan jiwa dia yang kini diserang dan ditempelak oleh penyokong dia sendiri dan orang ramai di luar sana,” katanya dipetik laporan BH.

Tuan Ibrahim menjelaskan, kerjasama politik bagi PAS adalah kerjasama dalam perkara yang berlandaskan prinsip parti sahaja.

“Sebelum ini PAS juga pernah bekerjasama dengan DAP dan PAS sudah tahu apa yang berlaku atau gerak kerja yang diamalkan oleh DAP.

“PAS tetap menolak kerjasama dengan DAP sebagaimana yang menjadi pendirian parti sebelum ini dan itu juga adalah pendirian PAS dalam Perikatan Nasional (PN) sehingga sekarang,” katanya lagi.

Kelmarin, Mata Sabu ketika berucap pada Ceramah Jelajah Madani Kedah 2023 di Kubur Panjang, Pendang, berkata tidak mustahil jika PAS akan kembali bekerjasama dengan DAP pada waktu terdekat.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo