NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalah teruk PRU-15, Mahfuz dilantik Pengerusi LPP baharu



Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) baharu berkuat kuasa Isnin ini.

Calon Parti Amanah itu kalah teruk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu di kerusi Parlimen Pokok Sena dengan majoriti 31,751 merupakan lantikan politik terkini yang diumumkan kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Mahfuz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil, pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Turut dilantik ialah Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Semua pelantikan itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi satu kenyataan hari ini.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pelantikan pengerusi bagi lima Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan. Semua pelantikan ini berkuat kuasa 15 Mei 2023,” katanya dipetik laporan BH.

Mohamad berkata, beliau yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman dimiliki mereka dalam menerajui serta menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong memastikan pembaharuan selari dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua yang dilantik,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo