NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dap tabur fitnah pada PAS lagi

DAP TABUR FITNAH PADA PAS LAGI

Roslan SMS

Fenomena Gelombang Hijau cukup mencemaskan PH DAP.

Terbaru mentah-mentah SUA DAP Anthony Loke menyerang dan memfitnah PAS dalam kenyataan terbarunya.

Beliau kononnya mendakwa DAP tidak dapat berkerjasama dengan PAS kerana PAS menolak Malaysia sebagai negara pelbagai budaya.

Kata beliau:

"PAS dalam bentuk yang sekarang, (jawapan) tentunya tidak. Jika anda lihat kenyataan dan ucapan (pemimpin) mereka, dan pandangan yang dibawa presiden (Abdul Hadi Awang), mereka secara seluruhnya menolak Malaysia sebagai negara dengan pelbagai budaya."

Benarkah PAS demikian?

PAS juga boleh berkata kita tidak dapat berkerjasama dengan DAP kerana DAP mahukan sebuah kerajaan sekular yang memisahkan antara agama dan negara. Sekularisma bertentangan dengan Islam lantas kita tolak DAP dan mengajak umat Melayu berbuat perkara yang sama.

DAP tidak senang dengan hak dan keistimewaan Melayu malah mahu semua kaum dilayan dan diberi hak dan keistimewaan sama walau tanahair ini tanah asal orang-orang Melayu.

Salahkah kita pula berkata demikian?

Jika benar PAS menolak kehadiran kepelbagaian agama, kaum dan budaya akan menjadi pelarianlah semua kaum bukan Melayu di negeri- negeri yang PAS perintah seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Sedangkan hari ini masyarakat Cina, India dan Siam yang bukan Islam bebas mengamalkan adat dan kepercayaan mereka. Merrka selsa duduk bawah PAS dan kerajaan PAS tidak sesekali ganggu mereka.

Berhati-hatilah dengan pemfitnah dan pengadu-domba ini serta mereka yang bersekongkol dengannya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo