NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa tiada babak ‘cakap tak serupa bikin’ dalam filem? soal MP Pasir Mas

Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.


Pengarah filem Untold Story sepatutnya memasukkan babak kes ‘cakap tak serupa bikin’ dalam filem yang dihasilkannya, sindir Ahmad Fadhli Shaari.

Ahli Parlimen (MP) Pasir Mas itu membangkitkan berhubung surat tular yang dikeluarkan sebuah kementerian baru-baru ini berhubung jemputan bagi Tender Terbuka Terpilih dalam sebuah projek.

“Tular pula satu surat daripada Menteri kepada Perdana Menteri memaklumkan senarai syarikat-syarikat yang difikirkan mampu memenuhi kriteria untuk rujukan dan pertimbangan Perdana Menteri bagi tujuan penyertaan di dalam proses tender nanti.

“Soalan saya, sejak bilakah apa yang disebut sebagai Tender Terbuka tiba-tiba menjadi Tender Terbuka Terpilih ini? Kalau sekadar nak teruskan amalan kerajaan sebelum ini, apa maknanya PMX berdegar-degar menyebut bahawa tiada lagi Tender Terpilih, semuanya Terbuka?” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Nama kementerian tersebut tidak disiarkan bagi mendapatkan pengesahan berhubung surat tular tersebut.

Menurut Fadhli, amalan tender terpilih itu hanya akan menyebabkan situasi ‘pakat harga’ dan memberi kelebihan kepada kontraktor tertentu sahaja.

“Tidakkah tender terpilih dan terhad tanpa PreQ Terbuka terlebih dahulu ini akan membuka kepada amalan ‘pakat harga’ yang akan mendorong kepada pemilihan kontraktor tertentu sahaja?

“Saya menggesa pihak berwajib keluarkan penjelasan terhadap isu ini. Kena ingat, walaupun dicop Sulit di atas surat yang sangat jelas maksudnya ini, pegawai-pegawai kerajaan sendiri sangat meluat dengan amalan luar kebiasaan seperti ini.

“Saya cadangkan juga, masukkan kes ‘cakap tak serupa bikin’ ini ke dalam salah satu babak filem Untold Story itu. Khabarnya pecah panggung,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, filem Untold Story itu merujuk kepada Anwar yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo