NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Iskandar bidas Puad supaya cermin diri, UMNO yang menumpang DAP

Bendahari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad membidas Puad Zarkashi.




PAS membidas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi yang celupar mengatakan parti itu menumpang rumah orang lain demi kuasa.

Bendahari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata lebih baik Puad mencermin dirinya kerana UMNO sekarang yang menumpang DAP untuk berkuasa semata-mata, malah sanggup membenarkan musuh politik itu masuk ke rumah sendiri baru-baru ini.

“Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi perlu mencermin diri sendiri sebelum menuduh PAS menumpang rumah orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Iskandar berkata Puad perlu sedar siapa sebenarnya yang meminta pertolongan PAS sebelum ini sehingga terbentuknya Muafakat Nasional (MN) pada 2018 selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Nampaknya beliau telah lupa ketika Muafakat Nasional ditubuhkan dalam tahun 2019, UMNO baru sahaja mengalami kekalahan yang teruk pada Pilihan Raya Umum 2018.

“UMNO telah kehilangan kuasa di peringkat Pusat buat pertama kali dalam sejarah. PAS ketika itu telah dapat mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya merampas Terengganu.

“Justeru PAS tidak terdesak atau kempunan untuk menjadi kerajaan. PAS ‘memungut’ UMNO yang berada di dalam keadaan terdesak dan mengalami ‘trauma’,” katanya lagi.

Jelas Iskandar, PAS bukan seperti UMNO yang tamak kuasa sehingga mengadaikan prinsip duduk bersama DAP.

“PAS hanya mementingkan Perpaduan Ummah dan bukan jawatan-jawatan di dalam kerajaan.

“Apabila Muafakat Nasional ditubuhkan, UMNO telah dijemput untuk bersama tetapi penyertaan UMNO ini tidak menjadi kenyataan,”katanya.

Beliau juga membidas Puad kerana realitinya UMNO kini adalah penumpang sebenar dalam kerajaan campuran kerana memiliki kerusi Parlimen paling sikit.

“Puad juga perlu sedar dengan realiti siapa yang sebenarnya menumpang kerana UMNO hanya memiliki 26 kerusi Parlimen walhal Pakatan Harapan 82 kerusi,” ujarnya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo