NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelulusan EIA projek PSI bukti sikap ‘talam dua muka’ kerajaan DAP



Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2014, saya dengan sokongan DAP Johor menggerakkan satu kempen Impian Malaysia.

Lebih khusus, kempen itu bertujuan untuk memelihara alam sekitar, membantu golongan nelayan yang susah menerusi bantahan kami terhadap projek tambakan laut di selatan Johor.

Usaha ini didukung oleh orang kuat DAP negeri dan pimpinan utama khususnya Lim Kit Siang. Kerana kempen ini juga, saya dicap (cop) sebagai ‘Melayu anjing DAP’. Tapi tak mengapa kerana ia proses saya mendewasa.

Bantahan kami atas projek tiga buah pulau yang besar ini berkait dengan isu dasar pembangunan yang melibatkan bukan sahaja implikasi undang-undang (kelulusan EIA), malah kesan daripada projek ini yang mengancam kehidupan biologi dan sumber protein rakyat serta ia memberi kesan kepada mata pencarian nelayan pantai yang bergantung hidup di laut Selat Johor.

Namun, tak lama kempen itu berjalan, beberapa orang rakan dalam parti mendatangi saya dan berbisik agar saya mengendurkan kempen bantahan projek tambakan laut itu atas sebab kerajaan Pulau Pinang akan buat projek yang sama.

Hari ini ketua menteri Pulau Pinang dengan bangganya menunjukkan kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) untuk projek yang sudah lama mereka rancang.

Bagi saya, segala hujah dan rasional untuk menolak dasar dan aktiviti pembangunan yang tidak mapan hanyalah retorik untuk menarik perhatian rakyat dan simpati kepada parti.

Tidak ada dalam kepimpinan parti DAP satu sikap politik yang konsisten dan jujur dalam konteks memperjuangkan nasib rakyat khususnya yang menerima kesan secara langsung dalam sesuatu projek yang berskala besar.

Bagi saya ini politik talam dua muka yang dilakukan secara terang-terangan, ia pembohongan pada perjuangan.

Saya sedar semua ini berlaku kerana tekanan pembangunan termasuk juga tekanan politik untuk memuaskan ego pemimpin.

Dalam konteks pembangunan di Pulau Pinang, bagi saya keadaan yang lebih kritikal yang memerlukan usaha pembangunan ialah di kawasan Balik Pulau.

Kawasan ini sudah lama terpinggir sejak zaman pemerintahan Gerakan lagi.

Namun, parti DAP yang dikatakan mampu memperbetulkan keadaan ini, lebih berminat melestarikan pembangunan di Georgetown, Bukit Mertajam dan kini Selatan Pulau Pinang.

Kawasan Balik Pulau terus terpinggir dalam arus pembangunan kerajaan ‘berbilang kaum’ ini.

Begitulah hikmahnya apabila kerajaan meluluskan projek tambakan laut di Pulau Pinang yang akhirnya menunjukkan betapa hipokritnya parti dan kerajaan DAP.

Mahdzir Ibrahim
Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air.

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo