NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khairy, Shahril dipelawa sertai DAP, perlukan calon ganti Anwar?

DAP memerlukan wakil untuk menjadi calon Perdana Menteri dan kedua-dua mereka dilihat sesuai, kata Ong Kian Ming.


KUALA LUMPUR : Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan mendapat pelawaan untuk menyertai DAP.
Perkara itu disuarakan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang turut berpendapat DAP memerlukan calon Perdana Menteri bagi mewakili parti berkenaan.
“Perkara itu sememangnya boleh dipertimbangkan.
“DAP memerlukan calon Perdana Menteri… dan kedua-dua mereka (Khairy dan Shahril) dilihat sesuai untuk menjadi calon tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi temu bual menerusi siri podcast ‘Keluar Sekejap’ bertajuk “Kenapa Melayu Tak Suka DAP?” pada Selasa.
Terdahulu, Kian Ming ditanya berhubung sebab kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu perlu menyertai DAP.
Khairy yang pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO itu berdepan tindakan pemecatan daripada parti itu selepas didakwa melanggar undang-undang disiplin parti.
Sementara itu, Shahril yang juga bekas penasihat ekonomi di Jabatan Perdana Menteri itu juga digantung keahlian selama enam tahun.
Khairy yang kini mempunyai komitmen sebagai penyampai radio di HotFM masih tidak menunjukkan sebarang signal yang jelas berhubung perjalanan karier politiknya.
Ini termasuk perancangan beliau untuk menyertai mana-mana parti politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang yang dijangka berlangsung antara Jun atau Julai.
Dalam pada itu, Shahril pula berpendirian tidak akan melibatkan diri pada PRN akan datang berikutan kedudukannya yang masih ahli UMNO.

Sumber I Astro Awani 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo