NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah bubar DUN hujung Jun, kata Sanusi



PETALING JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada penghujung Jun, kata Menteri Besar Sanusi Md Nor.

Katanya, tindakan lanjut selepas pembubaran berkenaan adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk hari penamaan calon dan hari pengundian.

“(Jadi) kita akan bubarkan DUN ini penghujung bulan Jun (ataupun secara spesifik) pada minggu keempat, (tindakan) kemudiannya terpulanglah kepada SPR untuk tentukan tarikh pilihan raya,” katanya menurut Astro Awani.

Pada PRU14, PAS menguasai DUN tertinggi, 15 kerusi, diikuti Bersatu (6).

Pakatan Harapan mempunyai 10 kerusi, Barisan Nasional (2) dan Pejuang (2).

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, berkata akan membubarkan DUN pada awal Julai.

“Pemikiran yang dibincangkan pada ketika itu, kami (Negeri Sembilan) akan ambil hujung bulan Jun. Insya-Allah, 1 Julai adalah hari terakhir,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan DUN negeri itu akan terbubar secara automatik pada 25 Jun.

Menurutnya, beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada minggu ketiga Jun bagi memohon perkenan pembubaran.

Selain Kedah, Negeri Sembilan, dan Selangor, tiga negeri lain yang perlu melaksanakan PRN adalah Kelantan, Terengganu, dan Pulau Pinang.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo