NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chong Wei belum bersedia jadi CEO ABM




PETALING JAYA: Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata, beliau masih belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab berat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang dikosongkan Michelle Chai, minggu lalu.

Bekas jaguh No. 1 dunia itu memberitahu, buat masa ini, beliau lebih selesa membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) secara separuh masa berbanding diberi peranan besar tersebut.

“Belum masanya untuk saya galas jawatan CEO ABM, pada ketika ini, saya bersedia membantu BAM, apa sahaja yang mereka perlukan,” katanya ketika ditemui pemberita dekat sini semalam.

Sementara itu, ketika ditanya pula mengenai prestasi baik yang dipamerkan barisan pemain negara pada Piala Sudirman di Suzhou, China, Chong Wei memuji persembahan skuad kebangsaan yang disifatkannya sebagai luar biasa.

“Saya harap semangat itu dapat dikekalkan untuk melangkah lebih jauh lagi bukan setakat Piala Sudirman.

“Saya harap mereka fokus dan kekalkan momentum kerana Piala Sudirman merupakan pertandingan pertama yang menghadiahkan mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik,” ujarnya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu juga memuji peningkatan prestasi yang dipamerkan pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia.

Menurutnya, perubahan rentak permainan anak jati Kedah itu telah mula dapat dilihat sewaktu Kejuaraan Asia lagi di Dubai.

“Sejak di Dubai lagi saya sudah nampak perubahan dalam permainan dia.

“Tetapi ini satu permulaan untuk Zii Jia dan saya harap dia dapat belajar daripada Piala Sudirman untuk mengekalkan persembahan baiknya itu terutama untuk kelayakan Olimpik,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo