NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu tanah rizab Melayu: JKPTG dituntut beri ulasan

MUSA Hassan bersama Hishammuddin Hashim menyerahkan surat permohonan ulasan daripada JKPTG berkenaan isu tanah rizab Melayu kepada Pengarah Bahagian Harta Tanah Persekutuan (BHTP) JKPTG, Dr. Muhammad Yazrin Yasin di Wisma Sumber Asli, Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI


PUTRAJAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) terus menggesa pihak berkaitan untuk memberi ulasan dan saranan mereka mengenai isu tanah rizab Melayu yang dipindah milik kepada orang bukan Melayu di Perak.

Selepas tampil ke Jabatan Audit Negara pada April lalu, hari ini beberapa wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut bertindak menyerahkan surat bagi memohon ulasan daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) berkenaan laporan Ketua Audit Negara 2019.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim memaklumkan, mereka hadir ke JKPTG kerana memahami fungsi jabatan berkenaan yang boleh menganalisa isu-isu melibatkan perundangan berkaitan tanah Persekutuan dan negeri.

“Sebab itu lah kita hadir pada hari ini supaya pihak jabatan dapat memanjangkan isu ke peringkat lebih tinggi misalnya Majlis Tanah Negara untuk dirunding apakah syor-syor yang perlu dikeluarkan bagi permasalahan rizab tanah Melayu yang berpindah milik kepada bukan Melayu.

“Kami turut berharap pihak jabatan dapat memberi ulasan secara bertulis untuk kita bawa isu ini dan lihat apakah solusi yang dapat dicapai untuk mengembalikan semula tanah rizab Melayu itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan JKPTG, Wisma Sumber Asli hari ini.

Pada 11 April lalu, MHO menggesa Ketua Audit Negara supaya memberi syor dan saranan kepada Pendaftar Pejabat Negeri Perak supaya mengembalikan tanah rizab Melayu yang dipindah milik kepada orang bukan Melayu.

Hishammuddin berkata, pihaknya berpandangan berdasarkan undang-undang sedia ada, tidak mustahil bagi tanah-tanah rizab Melayu yang dipindah milik secara salah dan berlaku kesilapan dikembalikan kepada status quo.

“Kita hadir untuk menyerahkan surat kepada Ketua Audit Negara supaya beliau dapat mengeluarkan satu saranan lebih konkrit kerana saranan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara pada tahun 2019 (Siri 2) berhubung dengan tanah rizab Melayu di Perak adalah tidak memadai,” katanya.

Jelasnya lagi, tanah yang berstatus tanah rizab Melayu itu semakin berkurangan selain dinyatakan dalam laporan tersebut selepas diaudit bahawa pengurusan tanah rizab Melayu di negeri berkenaan adalah kurang cekap dan berkesan. – UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo