NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ada tawaran sertai kerajaan tapi tak boleh terima, kata Mursyidul Am PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata Zahid tidak tahu cerita sebenarnya.


Selepas pendedahan Tan Sri Abdul Hadi Awang, hari ini Datuk Hashim Jasin turut membuat pengakuan wujud tawaran pemimpin tertinggi kerajaan campuran untuk menjalin kerjasama.

Mursyidul Am PAS juga mengesahkan tawaran itu datang daripada seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik kerajaan itu baru-baru ini, sama seperti pendedahan yang dibuat oleh Presiden PAS tersebut baru-baru ini.

“Namun, kita sukar untuk menerimanya kerana umum mengetahui bahawa dalam kerajaan Perpaduan terdapat DAP di dalamnya. Kita pun tahu pendirian mereka yang sentiasa berubah dan mungkin bercakap lain pula esok.

“Mungkin dia (pemimpin kanan) nampak Islam seperti ditekan sekarang dan disebabkan itulah dia mengajak PAS yang mempunyai Ahli Parlimen Islam paling ramai menyertai kerajaan.

“PAS mempunyai pengalaman lalu dalam menjalin kerjasama dengan DAP dan sudah pastinya sukar untuk mereka bersama lagi khususnya dalam Kerajaan Perpaduan pada waktu ini,” katanya dipetik laporan BH.

Hashim adalah pemimpin tertinggi ketiga PAS yang membuat pendedahan mengenai tawaran berkenaan selepas Hadi dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat pendedahan sama.

Mengulas lanjut, Hashim berkata perjuangan PAS akan diteruskan bersama PN dan mana-mana parti lain yang sudi bekerjasama di dalam gabungan itu yang bermatlamatkan demi perpaduan ummah.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada menyindir bahawa kononnya Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebagai seorang yang ‘perasan’ apabila mendakwa ada pihak dalam Kerajaan Perpaduan menawarkan Pas menyertai kerajaan.

“Namun, saya berpendapat Zahid sendiri tidak mengetahui bahawa tawaran berkenaan wujud. Jadi disebabkan itu beliau tidak tahu hal sebenarnya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Zahid yang juga Presiden UMNO dilihat menempelak Hadi sebagai ‘perasan’ apabila mendakwa ada pihak dalam Kerajaan Perpaduan menawarkan PAS menyertai kerajaan itu.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo