NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit ditutup rendah lagi, paras RM4.60



Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipengaruhi oleh faktor luaran memandangkan pasaran menunggu hasil undian berkaitan siling hutang AS oleh Kongres AS esok.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.6005/6045 berbanding dolar AS daripada 4.6030/6060 ketika ditutup pada Isnin, menurut laporan Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit secara amnya masih lemah, dengan dolar AS bergerak mencecah setinggi RM4.6173 sebelum ditutup menghampiri RM4.6100.

“Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai ringgit ketika ini memandangkan pelabur menumpukan secepat mana untuk isu had hutang AS boleh diselesaikan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, dari sudut teknikal, mata wang tempatan berada dalam keadaan terlebih jual, menunjukkan risiko penurunan ringgit selanjutnya adalah terhad.

Buat masa ini, pasangan dolar AS/ringgit berada di bawah sedikit paras rintangan RM4.6257, manakala paras sokongan pada RM4.5491.

“Pasaran pertukaran mata wang asing berhati-hati dengan cara ahli politik AS yang akan membuat keputusan, memandangkan pihak yang berselisih, Demokrat dan Republikan, mungkin tidak begitu cenderung untuk memenuhi keputusan yang begitu pantas,” katanya.

Pada penutupan hari ini, ringgit diniagakan tidak berubah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.7129/7179 daripada 5.6829/6866 ketika ditutup pada Isnin dan hampir mendatar berbanding euro pada 4.9327/9369 daripada 4.9330/9363.

Ringgit tidak berubah berbanding yen pada 3.2821/2852 daripada 3.2820/2844 semalam.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 306.9/307.4 daripada 307.3/307.7 ketika ditutup semalam dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.2251/2427 daripada 13.2316/2463.

Ringgit tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.16/8.17 daripada 8.20/8.21 ketika ditutup pada Isnin namun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4035/4070 daripada 3.4016/4043.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo