NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Varian Arcturus masih berisiko walaupun tidak seganas varian Delta

Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan susulan kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.


KUALA LUMPUR – Penularan subvarian baharu Covid-19 yang digelar Arcturus yang mula menular di beberapa negara termasuk Malaysia tidak seganas seperti varian Delta, sebelum ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Management and Science University (MSU), Profesor Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, strain XBB.1.16 merupakan gabungan semula (recombine) dua varian Omicron yang telah bermutasi.

“Subvarian ini pertama kali telah ditemui di India pada Januari lalu, dan telah mula mereka ke 22 negara di dunia termasuk Singapura, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Berdasarkan maklumat pakar subvarian ini tidak seganas varian Delta. Bagaimanapun, cara penularannya masih sama namun kadar penularan ialah 1.2 kali dari varian asal,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo