NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1,389 kemalangan dicatatkan hari kedua Op Selamat ke-20 semalam



BANGI, Sabtu – Sebanyak 1,389 kes kemalangan dicatatkan di seluruh negara semalam, mengikut statistik hari kedua Op Selamat ke-20.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknya hari ini berkata, kemalangan itu membabitkan 1,601 pelbagai jenis kenderaan.

“Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta merekodkan 1,159 buah, pacuan empat roda (112), dan motosikal (192).

“Kenderaan pelbagai jenis (MPV) sebanyak 81, basikal (dua), lori (15), van (23), bas (13) dan empat buah teksi,” menurut kenyataan berkenaan.

Sebanyak 2,486 kenderaan terbabit dalam 1,964 kes kemalangan di seluruh negara pada pada hari pertama Op Selamat 20 dilaksanakan kelmarin.

JSPT menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan.


Sumber I Tv Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo