NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak sampai 4 bulan, Pengawai Menteri Sumber Manusia ditangkap SPRM

story-image

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai kanan ketika serbuan di kementerian itu di Putrajaya, pagi ini.

"Saya maklum berkenaan penahanan pegawai daripada pejabat saya. “Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan pihak SPRM, saya tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung perkara ini.

"Saya dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan," katanya menerusi kenyataan media, sebentar tadi.

Terdahulu, dilaporkan bahawa SPRM telah menahan seorang pegawai kanan yang bertugas di pejabat menteri, yang yang dikatakan merupakan bekas pemimpin pemuda DAP Perak.

Sumber dalaman SPRM memberitahu, turut ditahan seorang ahli peniaga berasal dari Ipoh, Perak bagi membantu siasatan.

Ketika dihubungi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan bahawa tangkapan itu berkaitan dengan dakwaan rasuah yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

"Kes rasuah berkaitan kuota (pengambilan) pekerja asing," katanya dalam pesanan teks ringkas kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Sivakumar meminta pihak media memberi ruang kepada SPRM untuk membuat siasatan dan tidak membuat sebarang andaian.

"Saya berharap pihak media tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak sehingga Agensi siasatan yang berkenaan selesai," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo