NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tahan penjawat awam jual air ketum sekitar Putrajaya

story-image

Polis menahan seorang penjawat awam tengah malam tadi di Presint 9 di Putrajaya kerana disyaki menjual dan mengedar air ketum di sekitar Putrajaya.

Lelaki berumur 38 tahun itu dicekup anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semasa berada di lobi sebuah apartmen di Presint 9 kerana memiliki dua botol cecair disyaki air ketum.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi hari ini berkata ketika siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku menjual air ketum di kawasan sekitar Putrajaya pada harga RM20 sebotol.

Menurutnya, lelaki berkenaan memperoleh bekalan air ketum daripada seorang lelaki bernama "Roy" di Kampung Labu Lanjut, Sepang, sebanyak 10 botol seminggu dengan harga RM18 sebotol.

Asmadi berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan jenayah narkotik dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, katanya.

-Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo