NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NASA bangunkan habitat Marikh sebagai persedian Misi Ke Marikh

HOUSTON TEXAS – Sebuah habitat buatan manusia berdasarkan persekitaran Marikh dibangunkan di sebuah kemudahan di negeri Texas sebagai persiapan kepada angkasawan sebelum misi ke Planet Merah, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Dinamakan CHAPEA’s Mars Dune Alpha, kemudahan seluas 157.9 meter persegi  itu dibina di Pusat Angkasa Lepas Johnson milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). 

Ia bakal dihuni sepanjang tahun oleh angkasawan-angkasawan yang akan menyertai misi ke Marikh.

Tujuan pembinaannya adalah untuk mengetahui kesan pengasingan selama setahun dan  sumber yang terhad ke atas kesihatan manusia.

Habitat mirip Marikh itu menampilkan empat bilik kecil, dua bilik mandi, sebuah gimnasium dan sebuah kawasan rehat di samping sofa.

Turut direka adalah kira-kira 111.4 meter persegi tanah merah yang terletak di dalam ruang gelembung di belakang pintu kedap udara palsu.

“Ini situasi yang benar-benar ekstrem. Anda mengarahkan individu tinggal dan bekerja bersama selama setahun.

“Mereka bukan sahaja perlu tinggal secara harmoni, bahkan perlu hidup dengan baik bersama-sama,” kata ketua Makmal Kesihatan dan Prestasi Tingkah Laku Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA, Dr. Suzanne Bell.

Selain itu, NASA akan mewujudkan beberapa situasi yang memberikan tekanan kepada angkasawan, contohnya sumber terhad supaya kru bersetuju membahagikan makanan atau kegagalan peralatan.

Sampah  yang dihasilkan mereka juga akan dianalisis oleh saintis-saintis NASA bagi mengetahui bagaimana produk boleh diguna semula di angkasa lepas. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo