NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MKT UMNO akan menghadap YDPA mohon pengampunan diraja Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjalan keluar selepas menghadiri keputusan permohonan untuk mendapatkan beberapa dokumen transaksi melibatkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Aziz di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2022.
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO petang tadi sebulat suara bersetuju untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada bekas presidennya, Datuk Najib Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempersembahkan warkah rayuan kepada Seri Paduka beserta memorandum ditandatangani seluruh pimpinan UMNO daripada 191 bahagian.

“Setelah diperincikan, MKT merafak sembah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong dengan kerendahan diri memohon ihsan Tuanku untuk mempertimbangkan pengampunan penuh buat Datuk Seri Najib sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah

“Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Dalam mesyuarat sama, MKT UMNO turut menzahirkan rasa kecewa terhadap perbicaraan Najib. 

“MKT mengambil maklum kedukacitaan dan keresahan yang amat sangat ahli-ahli UMNO di akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil seiring dengan kenyataan penghakiman yang dizahirkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang turut menyatakan bahawa Najib tidak mendapat perbicardan yang adil dan waiar dibebas dan dilepaskan,” katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO sebelum ini sebanyak dua kali mendesak kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kes Najib. 

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia adalah bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dan dijalankan sebaik mungkin terhadap kes tersebut. 

Ia ekoran Abdul Rahman yang bersetuju supaya permohonan semakan Najib dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.

Abdul Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, peguam Najib dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian selepas mengambil kes itu pada saat-saat akhir. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo